Assalamualaikum ...
Tips Keselamatan Di Tempat Letak Kereta | Bismillah . Zaman sekarang ni , di mana pun kita berada , perlu berhati - hati dan menjaga keselamatan terutamanya di tempat yang sunyi atau ketika itu tiada orang di situ . Kita perlu selalu alert dengan sekeliling terutama peragut yang tak kenal simpati . Mereka tak kisah pun kalau nyawa mangsa melayang . Selalunya kita tak kisah kalau diri kita yang tercedera tetapi kalau anak anda , sudah tentu anda rasa hiba .
Tempat Letak Kereta
Tempat yang sunyi adalah lokasi pilihan peragut menjalankan aktivitinya . Antaranya di tempat letak kereta di dalam bangunan kerana di situ selalunya kita leka membuka pintu atau boot kereta untuk meletakkan barang atau sedang bersembang di talipon sedangkan kita tahu tiada orang lain di situ . Tanpa anda sedar , ada mata yag sedang memerhati untuk menunggu peluang yang paling sesuai dalam usaha menjalankan misinya .
Tips Keselamatan Di Tempat Letak Kereta
Maka kita perlu tahu menjaga diri sendiri , anak - anak juga ibu bapa kita yang sudah kurang tenaganya . Kalau pun anda tiada kemahiran mempertahankan diri , sikap berhati - hati sudah dapat membantu .
Ada beberapa tips yang saya nak kongsi pabila anda berada di tempat letak kereta tanpa sesiapa ...
1. Kalau tiba - tiba rasa tak sedap hati nak pi kat car park tuh , mintak lah guard temankan .
2. Tapi kalau nak pi sorang - sorang gak , emmm...melilau la sikit mata tu perhati le kat sekeliling . Ada baiknya kalau sentiasa bawa payung berkaki , leh wat senjata tau .
3. Elakkan guna earphone ke , bluetooth ke , guna phone ke , atau buat perkara yang boleh wat anda leka dan tak peka pada persekitaran ketika berjalan .
4. Pastikan kunci tu sentiasa di tangan . Bila rasa ada orang mengekor jer atau ada orang yang mencurigakan , on la alarm keta tuh ya .
Doa Elak Musibah
Rasulullah s.a.w. ada mengajarkan beberapa doa untuk mengelak musibah yang sangat bermanfaat sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita .
Doa ini pula , jika di baca 3 kali di waktu pagi dan 3 kali diwaktu petang , boleh menghindarkan kita dari bencana pada hari tersebut .
Amalan yang paling mudah adalah membaca surah al - Falaq tidak kira apa pun yang mahu anda lakukan .
~ Sumber Informasi ~
Bila dlm keadaan kecemasan, selalunya tips seringkas mana pun kita mudah lupa. Tapi kunci sentiasa di tangan tu memang ingatan yg bagus, saya dah amalkannya sejak dulu...
ReplyDeleteberjaga2 tu lebh elok utk elak benda yg xbaik kan...kdg risau gak nk g perking sorang2...mcm2 cerita terbayang...time tu mula laa alert dengan segala bunyi....takut ada yg memerhati mencari peluang....eeiii...nauzubillah
ReplyDeletesaya bab ni paling takut
ReplyDeletedah lah awak perempuan, bawak anak-anak
rela parking jauh asal terasa selamat
Tips yang baik sis. Tqsm.
ReplyDeleteSekarang nie macam2 boleh berlaku, kenalah berhati-hati ^-^
ReplyDeleteMemang kena hati hati. Sekarang ni, macam-macam jenis orang ada.
ReplyDeletebetul tu sekarang ni macam2 boleh berlaku, kena sentiasa berhati-hati, moga kita dan keluarga kita terhindar dari perkara2 buruk
ReplyDeleteTerima kasih..zaman sekarang walaupun ada cct ada teknologi kita perlu berjaga-jaga juga
ReplyDeleteparking ni tempat yang paling sesuai untuk mereka berniat tidak baik, ada satu mall di bandar saya, hp coverage pun tak ada, so agak bahaya kalau terjadi kecemasan. Dulu lampu pun tak ada jadi bila malam, gelap gelita, jangan kata wanita, lelaki pun bahaya juga. Malang tak kira jantina
ReplyDelete