Assalamualaikum ...
Pelbagai Kegunaan Minyak Zaitun | Sejak 1400 tahun dahulu , Rasulullah telah mengamalkan penggunaan minyak zaitun . Makanan sunnah ini sangat baik untuk kesihatan tubuh sama ada dalaman dan luaran . Di zaman ini , minyak zaitun banyak digunakan untuk tujuan kosmetik selain menjadi campuran di dalam masakan .
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda:
" Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati. "
(HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Minyak Zaitun
Minyak zaitun amat jernih dan berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi . Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL (kolestrol jahat), tekanan darah , dan risiko koronori jantung .
Pelbagai Kegunaan Minyak Zaitun
Minyak zaitun , selain berkhasiat untuk merawat penyakit dalaman dan luaran juga untuk tujuan kecantikan , ada banyak lagi kegunaan lain yang kita tidak ketahui . Antara kegunaan lain minyak zaitun adalah :
1- Bercukur
Minyak zaitun boleh digunakan sebagai pelincir bila anda bercukur . Selepas selesai bercukur , anda boleh sapukan sedikit minyak zaitun dan melakukan sedikit urutan untuk mengekalkan kelembapan dan bebas dari irritation .
2- Pisau Cukur
Meletakkan minyak zaitun pada pisau cukur dapat mengekalan ketajaman selama berbulan - bulan . Minyak zaitun juga dapat elakkan pisau cukur dari berkarat .
3- Tembaga Dan Keluli
Titiskan minyak zaitun pada kain , sapukan pada barangan tembaga dan keluli . Hasilnya , barangan anda akan berkilat seperti barangan baru . Anda boleh juga lakukan pada perabot kayu .
4- Zip Rosak
Apabila zip seluar , baju , beg dan sebagainya rosak atau tidak boleh bergerak , ambil putik kapas , titiskan minyak zaitun , sapukan pada tempat yang rosak . Setelah itu , perlahan - lahan gerakkan zip tersebut .
5- Dengkur
Sebelum tidur , telan satu sudu minyak zaitun . Minyak zaitun akan membantu melincirkan tekak dan menghentikan dengkuran .
6- Tekak Gatal
Satu sudu minyak zaitun dapat melegakan kegatalan tekak yang menyebabkan anda batuk . Untuk lebih berkesan , campurkan satu sudu madu bersama minyak zaitun , sebelum anda menelannya .
7- Barangan Kulit
Minyak zaitun dapat menjadikan barangan kulit anda kelihatan segar dan baru . Anda hanya perlu sapukan minyak zaitun pada permukaan barangan kulit anda dan biarkan selama 30 minit . Selepas itu , kesat minyak zaitun yang berlebihan dengan kain kering .
8- Kasut
Kasut anda kelihatan kusam ? Sapukan sedikit minyak zaiton dan gosok dengan kain kering .
9- Ruam
Bila baby anda mendapat ruam kerana memakai lampin , sapukan minyak zaitun akan dapat membantu mengurangkan risiko terkena ruam .
10- Kutu
Sekiranya kepala anda ada kutu menetap , sapukan minyak zaitun hingga ke kulit kepala , balut kepala anda dengan tuala dan biarkan selama lebih kurang 40 minit . Lakukan sekerap mungkin sehingga kutu di kepala anda tiada .
Firman Allah SWT:
“Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”
(QS An-Nur: 35)
~ Sumber Informasi ~
tq info..banyak juga kegunaan minyak zaitun..ingat buat masak je :-))
ReplyDeletesalam singgah malam di sini....minyak zaitun memang banyak khasiatnya..terima kasih atas info ini sis...
ReplyDeleteMama Sha amalkan meminum satu sudu minyak zaitun pagi & malam.... :) banyak manfaatnya kan...
ReplyDeleteBanyak rupanya kegunaan minyak zaitun kan sis?
ReplyDeletebyk kegunaan minyak zaitun nih kan :)
ReplyDeleteBanyak kegunaan rupanyamintak zaitun ni.. Tq for sharing info..^_^
ReplyDeleteRosmizaAli.Com
Thnks for sharing. :-)
ReplyDeletetak penah guna langsung minyak zaiton ni
ReplyDeletewalau sedar kebaikan dia
Perkongsian menarik, Zumal pun sedang beralih kepada penggunaan produk sunnah...
ReplyDeleteIngat untuk dimakan dengan salad aje....rupanya ada banyak lagi.
ReplyDeletebagus minyak zaitun ni kan
ReplyDeletesaya baru tahu betapa banyaknya kelebihan minyak zaitun ini
ReplyDelete