Pepijat Stagefright Serang Android


Assalamualaikum ...

Pepijat Stagefright Serang Android | Bismillah . Kebanyakan telefon pintar di pasaran menggunakan Android . Oleh sebab itu , pepijat baru telah menjadikan Android sebagai sasarannya . Keadaan ini telah memeningkan syarikat pengeluar telefon pintar .


Pepijat Stagefright Serang Android


Pepijat Stagefright Serang Android


Syarikat pengeluar telefon pintar telah mengesan pepijat baru yang menyerang Android melalui rakaman multimedia yang dinamakan Stagefright

Cara Stagefright Bertindak


Pepijat Stagefright bertindak dengan menghantar MMS ke telefon pintar anda . Walaupun anda tidak membuka MMS tersebut , Stagefright tetap boleh memasuki telefon anda . Hangouts adalah salah satu aplikasi yang boleh menerima dan memproses MMS secara automatik dan seterusnya memasukkannya ke dalam galeri telefon anda .

Selepas itu , penggodam akan mula bertindak mengawal telefon anda tanpa anda sendiri menyedari akan kewujudan MMS itu . Seterusnya , penggodam tersebut dengan mudah dapat mengakses data termasuk menyalin dan membuang fail , mengendali mikrofon dan kamera juga mengawal bluetooth .

Cara Atasi


Untuk menghalang pepijat Stagefright menyerang , anda bolehlah menutup ( disable ) satu pilihan yang dipanggil Auto retrieve MMS yang terdapat di dalam aplikasi Hangouts . Walaupun tidak dijamin selamat , sekurang - kurangnya dapat mengurangkan risiko diserang .

Anda mungkin juga perlu mengubah aplikasi pesanan yang menghantar dan menerima SMS dan MMS .

Telefon Android Yang Dikemaskini


Terdapat beberapa telefon Android yang telah dikemaskini sistem keselamatannya untuk menentang Stagefright seperti
  • Samsung Galaxy S5, S6, S6 Edge, dan Note Edge
  • HTC’s One M7, One M8 dan One M9
  • LG’s G2, G3, G4
  • Sony’s Xperia Z2, Xperia Z3, Xperia Z4, dan Xperia Z3 Compact



~ Sumber Informasi ~




12 Responses to "Pepijat Stagefright Serang Android"

  1. kalau macam tu saya buangkan sahaja apliksi hangout..risau dibuatnya

    ReplyDelete
  2. Thnks for sharing, tak tau pun sebelum ni. Owh ade jugak phone sy listed kt situ.

    ReplyDelete
  3. nice sharing ... naya kalau kena, hp susah nak format compare dgn computer :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih perkongsian ini... Perlu ingat, android phone dikemas kini perisiannya dan perlu di ubah setting pada Google Hangout dan Whatsapp... Teman ada juga buat entry pasal nie... Hacker serang peranti Android

    ReplyDelete
  5. saya ada terbaca pasal ni
    ciptaan manusia tu tak sempurna langsung kan
    ada aje cacat celanya

    ReplyDelete
  6. mesti ada yang cipta kan mende alah tu.. dah xde keje la tu..
    nak rosakkan orang saja kerjanya..

    ReplyDelete
  7. Ala, telefon Zumal tak ada dalam senarai versi android yang dikemaskini tu... Nice sharing CM...

    ReplyDelete
  8. Da try delete hangout tp x bleh xtau knape...

    ReplyDelete
  9. Hurmm kenapa mesti ada yg suka mencipta satu kerosakan pd setiap kebaikan teknoloogi ni :(

    ReplyDelete
  10. bahaya skg ni kan....mcm2 cara org nk hack hp kita...makin canggih makin berisiko

    ReplyDelete
  11. Komputer pun begitu mudah diserang virus, apatah lagi smartphone kecil yang agak cerewaet penjagaannya.. ~mohon copy ye tuan admin :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...