Ubah Sikap Dengan Solat


Assalamualaikum ...

Ubah Sikap Dengan Solat | Bismillah . Sebagai muslim , kita diwajibkan melakukan solat lima kali sehari . Solat itu bukan sekadar perbuatan kosong tetapi merupakan satu perlakuan sebagai tanda penghargaan kita kepada Pencipta  ( Allah ) yang telah memberi kita kehidupan seterusnya merasai nikmat kehidupan itu sendiri . 

Firman Allah : 

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

 " Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku . "
 ( Taha [20:14] ) 


Ubah Sikap Dengan Solat


Ubah Sikap Dengan Solat


Solat adalah tenaga spiritual iaitu tenaga minda yang dapat menyedarkan diri sendiri . Melalui solat juga ia mampu merangsang tenaga dan minda untuk lebih aktif bergerak . Solat yang berkualiti mampu menghasilkan kekuatan hati yang menjadikan manusia mampu menangkis segala anasir jahat yang mendorong mereka ke arah kehancuran .

Firman Allah :


اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ


" Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan . "

(al-‘Ankabut [29:45]).

Manusia Yang Kuat


Apabila seseorang itu menitikberatkan solat dalam kehidupan mereka , ianya menjadikan mereka manusia yang kuat walaupun hidup dalam suasana yang penuh cabaran . Kehebatan mereka dalam menghadapi ujian hidup adalah terletak pada rahsia solat . 

Senjata


Rasulullah s.a.w. telah mentakrifkan dari segi bahasa bahawa solat itu adalah doa dan doa itulah merupakan senjata bagi orang mukmin . 

Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ


" Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar  . "
(al-Baqarah [2:153]).



Kejayaan


Dalam laungan azan , ucapan " hayya alas solah " ( marilah mngerjakan solah ) bertujuan mengajak manusia melakukan solat . Manakala laungan " hayya alal falah " ( marilah menuju kejayaan ) pula bertujuan mengajak manusia mendapatkan khusyuk kerana kekhusyukan itu akan melahirkan segala bentuk kejayaan lain .

Firman Allah :

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

" Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan . "


(Hud [11:114-115]).

Solat Yang Berqualiti


Untuk mendapatkan solat yang berkualiti , beberapa perkara perlu anda tahu dan amalkan . Antaranya :

Khusyuk 


Usaha untuk khusyuk bukan sahaja ketika solat tetapi ia bermula dari kita mengambil wuduk dengan sempurna . Selain itu , bersedialah di tempat solat lima atau sepuluh minit lebih awal kerana pada ketika itu kita telah bersedia mental dan fizikal untuk solat .

Firman Allah :


وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ


" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; "
(al-Baqarah [2:45]).


Penyerahan Diri


Solat membawa maksud penyerahan total seorang hamba kepada Allah s.w.t . Bermula dari pergerakan tangan ketika mengangkat takbir , bacaan di dalam solat yang penuh tartil , cara rukuk dan sujud yang betul sehinggalah selesai ibadah solat , semuanya membawa kepada penyerahan diri kepada Allah s.w.t. 

Istiqamah


Solat bukanlah didirikan tetapi ia ditunaikan . Oleh itu , perlu untuk sentiasa membaca doa agar sentiasa istiqamah untuk menunaikan solat . Dianjurkan kita agar mengamalkan doa agar istiqamah mendirikan solat . 


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ 

(Ibrahim berdoa) " Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku . "(Ibrahim [14:40])



~ Sumber Informasi ~



9 Responses to "Ubah Sikap Dengan Solat"

  1. Setuju! Kalau istiqamah jaga solat, In Shaa Allah dapat rasa aura positif dalam diri.. Makin lama makin terasa kekuatan dalam diri tu.. Lagi kukuh bila kita selami AQ dan amalkan dalam kehidupan kita seharian.. Ketenangan pasti milik kita.. ^_^
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. Nak ubah sikap slh satu caranya adalah melalui solat.. Tai, haruslah dengan solat yg berkualiti kan..^_^ InsyaAllah moga kita semua tergolong dikalangan orang yg mencantikkan solat dan sikap..

    ReplyDelete
  3. semoga dgn setiap amalan kita.. dapat bentuk diri kita jadi
    hamba-Nya yang lebih baik..

    ReplyDelete
  4. Maka bersamalah kita sempurnakan solat kita dan banyak mafaatnya...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian.
    Semoga mendapat kebaikan sepenuhnya dari amalan solat..aamii

    ReplyDelete
  6. Innas solata tanha 'anil fahsyaa' i wal munkar....

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah .. terasa perit di hati bila solat kita selalu tidak secantik yg diharapkan.. thankz pd peringatan.. :D

    ReplyDelete
  8. sama2 kita perbaiki diri dengan solat yg sempurna :)

    ReplyDelete
  9. Jazakallah khair... sumber rujuk yang baik... semoga kyusyuk didalam solat dan diluar solat...

    suaracakna.blogspot.com

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...