Tidur Di Siang Hari Menurut Sunnah Dan Kajian Sains


Assalamualaikum ...

Tidur Di Siang Hari Menurut Sunnah Dan Kajian Sains | Bismillah . Ramai di antara kita suka jika diberi peluang untuk tidur di waktu siang hari . Terasa betapa nikmatnya bila dapat melelapkan mata . Apatah lagi selepas penat bekerja seharian . Tetapi , tidur waktu siang dikatakan boleh mendatangkan kesan pada kesihatan menurut kajian sains . Di dalam Islam , ianya dianjurkan menurut sunnah tapi hanya untuk seketika .



Tidur Di Siang Hari Menurut Sunnah Dan Kajian Sains


Tidur Di Siang Hari Menurut Sunnah Dan Kajian Sains


Tidur di siang hari ada baik buruknya mengikut kajian sains dan kelebihan tidur siang menurut sunnah . Kenapa dianjurkan menurut sunnah dan kenapa pula tidak baik menurut sains , di bawah ini ada penjelasannya . 

Menurut Sunnah


Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ 
“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).” (Surah Ar-Ruum : Ayat 23)

Di dalam Islam , kita digalakkan untuk tidur sebentar di siang hari menurut sunnah yang dikenali sebagai Qailullah ( sebentar ) . Tidur sunnah ini hendaklah disertakan bersama niat untuk bangun malam ( Qiamullail ) dan perlu bangun sebelum masuk waktu Zuhor .

Anda juga boleh melakukan Qailullah selepas makan tengahari juga sebelum Asar dengan masa kira - kira 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdal pada 30 minit sebelum masuk waktu Zuhor .

Selepas waktu Asar pula , Islam tidak membenarkan umatnya tidur kerana tidur waktu itu akan menyebabkan manusia mudah mendapat penyakit angin ahmar .

Niat Qailullah 


Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.
Atau
“ Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu .”


Sabda Rasulullah ;
قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
“ Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukanQailullah . ”  (Hadis Riwayat At-Tabrani)

 Menurut Kajian Sains .


Tidur di siang hari menurut kajian sains boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular . Malah anda juga berisiko mendapat serangan jantung dan juga strok terutamanya bagi kaum wanita . Mereka juga boleh menjadi murung , mengalami gangguan tidur , menghidap penyakit kencing manis , darah tinggi dan memiliki paras kolesterol yang tinggi . 

Menurut ketua penyelidik James E . Gangwisch , penyakit itu boleh hinggap pada manusia apabila seseorang itu tidur dalam jangka masa yang lama atau lebih mudah , asyik tidur saja . Sebab itu bila anda tidur lebih dari 30 minit , badan anda rasa lemah , kepala anda juga rasa pening dan sakit . Itu menandakan sistem anda tidak dapat beroperasi dengan normal .


Sekadar Berehat


Sekiranya kita tidur di siang hari melebihi masa yang disarankan oleh Islam , maka sudah tentu banyak penyakit akan singgah ke badan kita . Cukuplah sekadar tidur 30 minit untuk merehatkan badan dan minda kita . 




~ Sumber Informasi ~



10 Responses to "Tidur Di Siang Hari Menurut Sunnah Dan Kajian Sains"

  1. wah kok berbeda ya, sains dengan agama. :((

    ReplyDelete
  2. Hmmm....balik sekolah...terus makan..mandi sambung gi sekolah agama...balik sekolah agama kepenatan...dah masuk asar takleh tido dah....

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian.. tapi ena ni pula jenis susah nak tidur siang... dah terbiasa... emm emm

    ReplyDelete
  4. setuju ... kalau tidur sekejap rasa lega ... kalau tidur lama rasa lemah badan :)

    ReplyDelete
  5. Salam singgah petang sis....bagus info ni sis...terima kasih atas perkongsian ini sis....

    ReplyDelete
  6. perkara baru yang akak baru tahu...tq perkongsian

    ReplyDelete
  7. Terima kasih info ni Vee..... okje tak suka tido siang. Mcm yg Vee cakap tu....nanti letih, tp lately terlena gak atas kerusi malas sambil tengok tv hihi....

    Tp betullah lepas terlelap tu rasa segar tau!

    ReplyDelete
  8. Tak sempat nak tidur siang.. :(

    ReplyDelete
  9. betul..tido siang lama2 mmg xelok kan :)

    ReplyDelete
  10. saya tak berapa pandai tidur siang
    lagipun kalau tidur siang, malam tak boleh tidur

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...