Cara Solat Dalam Penerbangan


Cara Solat Dalam Penerbangan | Solat boleh sahaja dilakukan di mana - mana termasuk juga di dalam kapal terbang . Walaupun di dalam kapal terbang tidak disediakan ruang untuk melakukan solat dan kita juga tidak tahu arah kiblat dan juga waktu solat yang sebenar , kita tetap masih boleh melakukan solat .

Cara Solat Dalam Penerbangan

Ya’la bin Murah r.a bersama Nabi dalam satu perjalanan, kemudian sampai di satu lembah. Ketika itu Nabi di atas kenderaan tunggangannya. Langit ketika itu mendung dan tanah sangat basah. Kemudian masuk waktu solat, Baginda memanggil muazin lalu muazin melaungkan azan dan iqamah. Setelah itu, Nabi meneruskan solatnya di atas kenderaan dan bersolat secara berjamaah dengan para sahabat. Baginda memberi isyarat dimana sujudnya lebih rendah dari ruku’nya(Hadis direkodkan Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad.Disahihkan oleh Imam Syaukani dalam Nailul Authar). 

Oleh sebab di dalam kapal terbang tidak ada ruang solat , kita masih boleh melakukan solat secara berdiri ataupun duduk .

Sekiranya dalam keadaan darurat sehingga tidak dapat berdiri , misalnya cuaca tidak baik seingga kapal terbang itu tidak tenteram , maka bolehlah solat setakat mana yang boleh . Sekiranya kapal terbang itu tenang , maka wajiblah kita berdiri .

Berwuduklah secara bersederhana memandangkan kekurangan air . 

Masalah kiblat pula hendaklah dilihat didalam peta / kompas di mana kita berada atau bertanyalah kepada pihak berkenaan di dalam kapal terbang itu .

Cara Solat Dalam Penerbangan


Untuk melakukan solat dalam penerbangan , berikut  adalah Cara Solat Dalam Penerbangan :

1- Duduk menegakkan badan

2- Niat solat lalu mengangkat  takbir dan bacaan lain dalam solat .

3- Rukuk dengan menundukkan kepala sedikit dengan meletakkan tangan di atas lutut .

4- Kemudian sujud dengan dahi menyentuh kerusi dihadapan .

5- Duduk diantara dua sujud , duduk tahiyat awal , tahiyat akhir dan memberi salam adalah dalam kedudukan seperti duduk biasa .


Sekiranya kita menaiki kenderaan lain , seperti keretapi atau kapal laut , maka hendaklah menghadap kiblat semasa takbiratuihram , kemudian selepas itu boleh menghadap ke arah lain mengikut peralihan kenderaan itu .

Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu menerangkan: 
"Kami pernah solat di satu malam yang mendung dan kami tidak mengetahui arah qiblat. Tatkala kami selesai solat kami perhatikan bahawa kami (sebenarnya) solat bukan menghadap ke arah qiblat. Lalu kami sampaikan hal ini kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam lalu baginda berkata: Kamu telah melakukan yang terbaik. Seterusnya Jabir berkata: Dan beliau tidak menyuruh kami mengulanginya .". (Hadith riwayat Imam Baihaqi dalam kitabnya Sunan al-Kubra, Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar). 

Firman Allah yang bermaksud : 

(Allah) telah memudahka untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi semuanya daripadaNya.”
 (al-Jatsiyah: 13) 

3 Responses to "Cara Solat Dalam Penerbangan"

  1. terima kasih atas perkongsian =)

    ReplyDelete
  2. Bagus ni... memanng ada selalu ada masalah bab ni.. tuk tempoh flight yg lama cukup sesuai utk dipraktikkan..tq

    ReplyDelete
  3. Info yg bermanfaat terutama kpd yg travel naik flight ni...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...