Tahukah ANda : Banglo di Ladang Byram Nibong Tebal Berhantu ?


Tahukah ANda : Banglo di Ladang Byram Nibong Tebal Berhantu ? | Rumah berhantu merupakan satu kisah yang mudah menarik ramai orang untuk mengetahuinya . Apatah lagi jika ianya dibuat dalam bentuk program realiti tv mahupun filem bergenre seram .


Tahukah ANda : Banglo di Ladang Byram Nibong Tebal Berhantu ?

Sebuah rumah banglo lama di  Ladang Byram Nibong Tebal dikatakan berhantu oleh penduduk tempatan . Bagi orang luar sudah tentu kisah seperti itu belum tentu benar . Tetapi bagi mereka yang suka melakukan aktiviti paranormal , rumah berhantu seperti banglo di  Ladang Byram Nibong Tebal sudah tentu menarik minat mereka untuk menyiasat atau mungkin mahu mrasa sendiri kesaraman banglo itu ditahap mana .
Kisah seram banglo di Ladang Byram Nibong Tebal. Cabar diri anda tinggal di dalam banglo tersebut selama beberapa jam bermula pada 12 tengah malam. sanggup tak ? 
  
Sebuah rumah banglo lama di Ladang Byram Nibong Tebal ini dikatakan dibina pada 1916 telah menjadi rumah kepada seorang ahli perniagaan British di Seberang Perai. Rumah ini kemudiannya ditukarkan menjadi pusat pentadbiran tentera Jepun bagi kawasan tersebut.


Tahukah ANda : Banglo di Ladang Byram Nibong Tebal Berhantu ?



Rumah berhantu di Ladang Bryam yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit ini dikatakan menyimpan pelbagai kisah-kisah misteri dan menyeramkan. Tambahan pula rumah ini dikaitkan dengan tentera Jepun yang seringkali dikatakan menyiksa penduduk yang tidak memberikan kerjasama kepada tentera Jepun.

Rumah dua tingkat yang mempunyai 10 bilik ini dikatakan mempunyai 99 pintu. Mempunyai ciri-ciri senibina Inggeris. Rumah berhantu ini terletak di Ladang Bryam dan pernah dimiliki oleh syarikat Penang Estate. Salah seorang anak pemilik syarikat Penang Estate ini pernah tinggal di banglo ini selepas Perang Dunia Ke II. Beliau ditemui mati di dalam rumah ini selepas diserang oleh pengganas komunis.

Tahukah ANda : Banglo di Ladang Byram Nibong Tebal Berhantu ?


Jika anda seorang yang berminat dengan aktiviti yang mencabar dan menyeramkan, maka rumah ini semestinya berada di dalam “senarai wajib’ anda. 



0 Response to "Tahukah ANda : Banglo di Ladang Byram Nibong Tebal Berhantu ?"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...