Tahukah Anda : Hari-hari Yang Diharamkan Berpuasa


Tahukah Anda : Hari-hari Yang Diharamkan Berpuasa | Berpuasa merupakan amalan menahan diri dari makan dan minum bermula selepas solat subuh sehingga masuk waktu maghrib . Ada puasa wajib dan ada puasa sunat . Puasa wajib sudah tentulah pada bulan Ramadhan dan puasa yang wajib dibayar semula jika meninggalkan puasa Ramadhan .


Tahukah Anda : Hari-hari Yang Diharamkan Berpuasa


Puasa sunat pula bolah dilakukan pada hari-hari biasa terutama pada hari Isnin dan Khamis juga pada bulan-bulan tertentu seperti puasa 6 hari di bulan Syawal , puasa pada bulan Rejab dan bulan Syaaban  . 

Tahukah Anda : Hari-hari Yang Diharamkan Berpuasa


Pun begitu , terdapat juga Hari-hari Yang Diharamkan Berpuasa bagi umat Islam sebagaimana berikut :

1. Hari Syak iaitu hari yang apabila dia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Syaaban). Hal ini berdasarkan hadis daripada Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka kepada Abu al-Kasim (Muhammad) SAW. "
2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.s yang bermaksud :
" Bahawa Rasulullah SAW menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya Aidilfitri dan hari rayaq Aidiladha."
3. Hari-hari tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi SAW yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati Allah SWT. "
4. Hari Haid dan Nifas
5. Ulama Mazhab Shafie berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Syaaban. Iaitu yang di antaranya terdapat hari syak, melainkan kepada mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis, bagi mereka yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Syaaban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Syaaban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Syaaban. Hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud :
" Apabila telah tiba pertengahan bulan Syaaban, janganlah kamu berpuasa." (Riwayat Ahmad) 
Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadis ini kerana hadis ini adalah hadis daif menurut pendapat Imam Ahmad.



0 Response to "Tahukah Anda : Hari-hari Yang Diharamkan Berpuasa"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...