Tahukah Anda : Kenapa Buah Pinggang Boleh Rosak ?


Tahukah Anda : Kenapa Buah Pinggang Boleh Rosak ? | Selalunya kita tak akan tahu buah pinggang kita rosak sehinggalah berlaku masalah kesihatan dan kemudian mendapatkan rawatan daripada hospital . Selepas ujian yang dilakukan , doktor akan beritahu bahawa buah pinggang rosak . Selepas itu barulah mencari sebab kenapa buah pinggang boleh rosak .


 Tahukah Anda : Kenapa Buah Pinggang Boleh Rosak ?

Buah pinggang adalah sepasang organ yang berbentuk kacang berukuran 12cm. Ia terletak pada bahagian belakang diatas pinggang.
Setiap orang mempunyai 2 buah pinggang yang terletak pada kanan dan kiri tulang belakang. Buah pinggang menghasilkan air kencing (urin). 

Urin mengalir keluar dari buah pinggang melalui salur ureter ke dalam pundi kencing. Pundi kencing menyalurkan urin melalui salur air kencing (urethra).

Buah pinggang mempunyai 3 fungsi penting:
1. Ia menapis sisa berbahaya daripada darah dan mengeluarkannya melalui air kencing
2. Ia seimbangkan kadar air dan garam 
3. Ia menghasilkan hormon

Kenapa Buah Pinggang Boleh Rosak ?


Penyakit buah pinggang kronik berlaku apabila berlaku perubahan pada stuktur atau fungsi pada buah pinggang. Jangkitan, kerosakan, ketumbuhan atau kesan sampingan daripada ubatan lain juga boleh merosakan buah pinggang.

Masalah buah pinggang mempunyai kesan buruk keatas kesihatan dan fungsi keseluruhan. Jika seseorang mengalami masalah buah pinggang, kegagalan sepenuhnya buah pinggang boleh juga berlaku. Dalam kes itu, buah pinggang anda tidak dapat menapis sisa kumuh dan kadar air secukupnya dalam darah serta membuangnya.


Simptom



Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, simptom berikut mungkin berlaku:
- keletihan
- rasa loya dan hilang selera makan
- gatal kulit
- masalah tekanan darah
- sukar untuk fokus
- sukar tidur atau tidur berlebihan
- sukar bernafas
.

Jika fungsi buah pinggang tidak dapat dikembalikan dan kedua buah pinggang gagal, maka dialisis perlu dilakukan. Ia perlu dilakukan apabila fungsi buah pinggang jatuh kurang daripada 10%. Tugas buah pinggang akan dilakukan secara luaran dengan bantuan.

Jenis Rawatan


Terdapat 2 jenis rawatan dialisis, iaitu hemodialisis dan dialisis peritoneal . Dalam sesi hemodialisis, darah akan dibersihkan menggunakan mesin dialisis.
Melalui dialisis peritoneal, cecair dialisis akan dilalukan kedalam rongga abdomen dan ia akan membawa sisa kumuh keluar dari darah.
Alternatif kepada dialisis adalah pemindahan organ buah pinggang. Pesakit mendapat buah pinggang sihat dari penderma


1 Response to " Tahukah Anda : Kenapa Buah Pinggang Boleh Rosak ?"

  1. ex opismet sy, tau2 je dpt penyakit ni n doc kt da msk tahap 4 sblm ni sihat walafiat

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...