Tahukah Anda : Kegunaan Al-Fatihah Dalam Hidup Seharian


Tahukah Anda : Kegunaan Al-Fatihah Dalam Hidup SeharianSurah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Al-Fatihah turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat. 


Tahukah Anda : Kegunaan Al-Fatihah Dalam Hidup Seharian


Makna Surah al-Fatihah


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Kegunaan Al-Fatihah Dalam Hidup Seharian


Tahukah anda bahawa surah al-Fatihah bukan sahaja perlu dibaca dalam solat malah surah al-Fatihah juga sangat berguna dalam kehidupan seharian . Antara kegunaan surah al-Fatihah dalam hidup seharian adalah seperti berikut :

1- Baca sebanyak 14 kali sebelum tidur , suami / isteri dan anak - anak akan mengingati anda selalu .

2- Baca 41 kali , tiup dalam air dan minum serta buat air mandian ,  dapat melepaskan rasa sakit dalaman .

3- Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur kepada orang yang berpenyakit mental .

4- Baca 3 kali , tiup dalam segelas air minuman dan baca sambil mengusap kawasan yang merasa sakit keterlaluan .

5- Baca 7 kali dan sapu pada kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa .

6- Baca 3 atau 7 kali , gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit ( mulut ) , kemudian sapu pada tempat yang sakit ( luka , sengat lebah , jari tersepit pintu ) .


Sebagai manusia , kita hanya berikhtiar sahaja . Kesembuhan itu dengan izin Allah jua .



0 Response to "Tahukah Anda : Kegunaan Al-Fatihah Dalam Hidup Seharian"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...