Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Apabila anda mahu melakukan korban di Aidil Adha , anda disunatkan berdoa /melafazkan niat korban sekiranya menjadi wakil supaya korban anda lebih jelas dan sampai kepada matlamat anda . Sebagai mana yang dimaksudkan dengan korban itu sendiri iaitu melakukan penyembelihan binatang yang tertentu pada masa - masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Doa / Lafaz Niat Korban
Doa korban ni mudah sahaja . Anda hanya perlu berdoa ;
" Ya Allah , ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu . "
Sekiranya anda mahu mewakilkan seseorang untuk menyembelih korban , maka wakil anda perlulah melafazkan niat ;
" Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar , ini daripadaMu dan untukMu . Terimalah Ya Allah daripada si pulan , si pulan ... "
Panduan Untuk Memudahkan
Semoga panduan doa dan lafaz niat korban di atas dapat memudahkan dan membantu anda melaksanakan ibadah korban . Diharapkan juga ibadah korban anda dipermudahkan Nya . Insha Allah .
Info nie sangat berguna ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah..ada rezki masuk 1 bqhagian tahun ini
ReplyDeleteMoga dipermudahkan segalanya..
ReplyDeleteinsya ALLAH, ada rezeki
ReplyDeletetahun depan saya nak buat =)