Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Apabila melihat entry panduan tasyahud akhir di blog lama TI ini yang telah dikongsikan lebih dari jangkaan di google plus , maka TI republish di sini agar tidak terkubur begitu sahaja . Rugi kalau ianya terbiar di blog lama tanpa berkongsi dengan pembaca . Malah ianya umpama perbuatan yang sia - sia .
Panduan Tasyahud Akhir
Panduan tasyahud akhir menerangkan tentang duduk tasyahud akhir yang berlaku pada rakaat yang ketiga ( untuk solat Maghrib ) atau rakaat keempat untuk solat Zuhur , Asar dan Isyak dan rakaat kedua untuk solat Subuh .
Bacaan tasyahud akhir adalah rukun . Oleh itu , lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul .
Hukum
Ulama berbeza pendapat mengenai hukum tasyahud akhir seperti berikut :
1 - Rukun Dan Wajib
Menurut Umar al - Khattab , Ibn Umar , al - Syafi'i dan Ahmad .2 - Tidak Wajib
Menurut Abu Hanifah dan Malik .Kesempurnaan Solat
Bagi memastikan solat lebih sempurna , elok untuk memastikan agar Tasyahud Akhir dibaca . Keperluan ini berdasarkan arahan Baginda s.a.w. dan setiap arahan yang tidak mempunyai sebarang qarinah yang mengalihkannya daripada hukum asal , maka hukum asal dilihat wajib . Ini sebagaimana lafaz perintah dalam hadis berikut ;
" Sebutlah al - tahiyyat ( bacaan tasyahud ) ... "
( Riwayat Muslim )
Cara Yang Betul
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ;
" Sehingga tatkala Nabi s.a.w. berada pada sujud ( terakhir ) yang ada padanya taslim ( memberi salam penutup solat ) , Baginda s.a.w. mengeluarkan kakinya ( tidak duduk di atas kakinya ) dan duduk di atas sebelah kirinya bersimpuh . "( Riwayat al - Bukhari dan Ibn Hibban )
" Dan apabila Nabi s.a.w. duduk di rakaat terakhir , Nabi menghadapkan kaki kirinya ke hadapan dan menegakkan yang satu lagi ( kaki kanan ) dan duduk di atas punggungnya ( tempat duduknya ) . "( Riwayat al - Bukhari )
Sumber :
Formula Solat Sempurna
Zaharuddin Abd. Rahman .
Syarat - Syarat Tasyahud ( Tahiyat )
Ada beberapa perkara yang diisyaratkan dalam tasyahud :
1- Memperdengarkan Dirinya Sendiri Bacaan Tasyahud
2- Berurutan Bacaan Perkataan - Perkataan Tasyahud
Jika diselangi di antara bacaannya perkataan asing atau diam yang panjang , maka tidak dikira tasyahud itu kecuali bagi perkataan - perkataan yang wirid dalam bacaan yang sempurna .
3- Membaca Tasyahud dalam Duduk yang Diikuti oleh Salam
4- Bacaan Tasyahud dalam Bahasa Arab
5- Menjaga Bacaan Makhraj - Makhraj Huruf Tasyahud
6- Menjaga Bacaan Baris - Baris Sabdu dalam Tasyahud
7- Membaca Tasyahud dengan Tertib
Membaca tasyahud perlu dengan tertib adalah syarat kerana dibimbangi jika tidak tertib bacaannya akan mengubah maknanya .
Doa Tahiyat Akhir
* NOTA :
Ikut cara yang dianjurkan lebih afdal .
~ Sumber Informasi ~
Kadang2 ada yang tak tahu tentang ni ..Thanks Vee atas pencerahan ini..
ReplyDeleteseringkali sy nmpk cara ddk yg berbeza...brg kali ada sesetengah org x boleh meluruskan kaki tegak sebegitu krn sbb kesihatan..wallahu 'alam
ReplyDeletesemoga kita dapat perbaiki diri dalam ibadah yang lebih sempurna..(^_^)
ReplyDeletethanks sharing. sme2 perbaiki diri. inshaallah :)
ReplyDeleteterima kasih untuk pencerahan ini ye vee
ReplyDelete