Puasa Sunat 9 Zulhijjah ( Arafah )


Assalamualaikum ...

Puasa Sunat 9 Zulhijjah ( Arafah ) | Kita sekarang berada di bulan Zulhijjah . Terlewat sedikit memberikan info ini kepada pembaca .Tapi masih sempat untuk melakukannya . Kita dikehendaki melakukan puasa sunat  bermula daripada 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah ( Arafah ) bagi yang tidak melakukan wukuf .


 Puasa Sunat 9 Zulhijjah ( Arafah )



Rasulullah SAW bersabda ;
" Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari - hari sepuluh , jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan ( keuntungan ) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung . "
( Hadis Riwayat Abu Dardaa ) .

Puasa Sunat 9 Zulhijjah ( Arafah )


Bagi yang tak mengerjakan haji , disunatkan berpuasa pada Hari Arafah ( 9 Zulhijjah ) . Pada 9 Zulhijjah kita juga dianjurkan untuk berzikir , bertahmid serta melakukan amalan lainnya . Bagi Jemaah haji yang sedang wukuf pada 9 Zulhijjah , anda dilarang berpuasa .

Niat puasa Hari Arafah ;



نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَىDaku berniat puasa hari Arafah , sunat kerana Allah Ta'ala .

Sabda Rasulullah SAW ;
Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya . "
( Hadis Riwayat Muslim )

Rasulullah SAW juga bersabda ;
" Orang yang berpuasa pada Hari Arafah ( 9 Zulhijjah ) , Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat . "

Puasa Sunat 9 Zulhijjah ( Arafah )


Kelebihan Puasa Sunat Arafah



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Puasa Hari 'Arafah itu , aku berharap Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun kemudiannya . "
( Riwayat Muslim )

Doa Hari 'Arafah


Sebaik-baik doa ialah pada Hari 'Arafah . Sebaik-baik apa yang disebut olehku dan para Nabi sebelumku ialah 

" Tiada Tuhan selain Allah , Tuhan yang Esa , tiada sekutu bagi-Nya , miliknya segala kerajaan dan segala pujian , Dia berkuasa atas segala sesuatu . "
( Riwayat Tirmizi : Hadith Gharib )


Betapa hebatnya Allah sayangkan kita . Memberi kita peluang  , untuk menambah pahala serta ganjaran lainnya dengan cara yang paling mudah .





4 Responses to "Puasa Sunat 9 Zulhijjah ( Arafah )"

  1. Betul tu, puasa beri banyak manfaat kepada kita... Sihat dan juga jimat ^_^

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.... banyak fadhilatnya... nak dengan tak nak jer kan...

    ReplyDelete
  3. terima kasih tuk peringatan ni vee

    ReplyDelete
  4. selamat melakukan ibadat kepada kawan2

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...