Kelebihan Takbir Aidil Adha 10 Zulhijjah


Assalamualaikum ...

Kelebihan Takbir Aidil Adha 10 ZulhijjahBismillah . Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam Islam . Malah ada cerita menarik pada 10 ZulhijjahHari ini sebenarnya Allah telah keluarkan Nabi Adam dan Hawa daripada syurga dan diturunkan ke bumi sebelum bertemu di padang Arafah . Selain daripada melakukan korban , Aidil Adha juga sempena mengingati pengorbanan , Nabi Ibrahim a.s. yang membenarkan anaknya Nabi Ismail a.s. dijadikan korban demi memenuhi perintah Allah . 





 Kelebihan Takbir Aidil Adha 10 Zulhijjah





Kelebihan Takbir Aidil Adha 10 Zulhijjah




Kelebihan hari raya Aidil Adha 10 Zulhijjah adalah anda akan mendengar dan bertakbir selama 4 hari Tasyriq berbanding hari raya Aidil Fitri atau raya puasa yang hanya satu hari sahaja . Justeru itu , Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan memuji kebesaran Allah .

Dalam sabdanya ;
" Hiasilah hari raya ( aidilfitri dan aidiladha ) kamu dengan takbir , tahlil , tahmid dan taqdis ( mengingati dan mengagungkan Allah ) . "
( Hadis riwayat al - Thabrani ) .

Masa Sesuai Melakukan Takbir


Umar bin Khattab r.a. , beliau dulu bertakbir setelah solat Subuh pada tarikh 9 Zulhijjah sehingga setelah Zuhur pada tanggal 13 Zulhijjah .

( Ibn Abi Syaibah dan al - Baihaqi dan sanadnya disahihkan al - Albani )


Dari Ali bin Abi Talib r.a. bahawa beliau bertakbir setelah solat Subuh pada tarikh 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah . Beliau juga bertakbir setelah Asar . 

( Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah dan al - Baihaqi . Al - Albani mengatakan ; " sahih dari Ali " )


Dari Nubaisyah al - Hudzali r.a. , Rasulullah saw bersabda ;



Ø£َÙŠَّامُ التَّØ´ْرِيقِ Ø£َÙŠَّامُ Ø£َÙƒْÙ„ٍ ÙˆَØ´ُرْبٍ ÙˆَØ°ِÙƒْرٍ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ

" Hari Tasyriq adalah hati makan , minum dan banyak mengingati Allah . "

( Hadis riwayat Muslim , Ahmad , Abu Daud dan Nasa'i )




 Kelebihan Takbir Aidil Adha 10 Zulhijjah



Selamat menyambut Aidil Adha kepada para pembaca dari TI . Semoga anda berbahagia  di Aidil Adha ini .




12 Responses to "Kelebihan Takbir Aidil Adha 10 Zulhijjah"

  1. Asalamualikum..selamat hari raya adha..terbaik subahanallah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas infonya ....
    Vee masak apa hari ni? Lontong ke?
    Salam Aidildha buat awak jugak

    ReplyDelete
  3. Nice sharing. Salam aidil adha ye :)

    ReplyDelete
  4. Salam Isnin Sis Vee...Bila dengar Takbir sayu sangat kan..

    ReplyDelete
  5. Best kan dengar takbir ni dilaungkan kat tv.
    Tapi, sesetengah orang bukak tv di pagi raya bukan nak dgr takbir.. Tapi nak tgk cerita pulak. Ermmmm..

    ReplyDelete
  6. SALAM AIDIL ADHA... masih x terlambat lg kan???

    ReplyDelete
  7. eh dah lepas
    apapun salam aidiladha ye =)

    ReplyDelete
  8. done follow #277

    selamat hari raya idul adha

    ReplyDelete
  9. Salam Aidiladha yer... Zumal kat Perlis nie rasa takbir Allahuakbar dijadikan 2 berbanding asalnya 3, CM leh kongsikan apa hukumnya...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...