PLUS Cadang Jadual Waktu Perjalanan Balik Kampung | Esok hari Jumaat , sudah tentu ramai yang bercadang mahu pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha yang kebetulan jatuh pada cuti sekolah penggal ke-3 .
PLUS Cadang Jadual Waktu Perjalanan Balik Kampung
Bila perkara itu berlaku , kesesakan pasti tidak dapat dielakkan terutamanya di lebuhraya utara selatan PLUS . Justeru itu , PLUS telah mencadangkan Jadual Waktu Perjalanan Balik Kampung sama ada ke utara mahu pun ke selatan .
Berikut adalah rajah cadangan jadual perjalanan balik kampung oleh PLUS bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kesesakkan akibat pertembungan di lokasi bagi arah perjalanan berlainan bermula pada 9 September ( Jumaat ) sehingga 15 September ( Khamis ) minggu hadapan yang bermula dari Lembah Klang.
1- Pemandu yang mahu pulang ke Johor , anda dinasihatkan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan PLUS di antara jam 6 pagi hingga 3 petang .
2- Pemandu yang mahu menuju ke Negeri Sembilan dan Melaka pula , disarankan memasuki lebuh ray selepas jam 3 petang .
3- Manakala pemandu yang mahu menuju ke Selangor / Perak , dinasihatkan bergerak selepas jam 6 petang .
4- Bagi perjalanan ke Pulau Pinang , Perak Utara dan Tengah pula , jam 10 pagi hingga 6 petang adalah waktu yang sangat sesuai untuk bertolak .
5- Bagi Perlis dan Kedah pula yang kurang berlu kesesakkan , perjalanan boleh dilakukan seawal 6 pagi hingga 10 pagi .
Untuk perjalanan balik ke Kuala Lumpur , anda boleh rujuk jadual di atas .
Apabila ramai mematuhi jadual perjalanan ini, ia dapat mengelakkan kenderaan yang menuju pelbagai destinasi di utara dan selatan bertembung di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama.
Lonjakan jumlah kenderaan di lokasi dan pada masa yang sama sering menyumbang kepada kesesakan lalulintas pada musim perayaan dan waktu-waktu puncak .
PLUS menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak sepanjang perayaan Hari Raya Aidiladha, Hari Malaysia dan musim cuti persekolahan ini. Peningkatan tersebut adalah sebanyak 15 peratus berbanding 1.4 juta pada hari-hari biasa.
Justeru itu, anda menasihatkan orang ramai yang ingin menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan di antara 9 September hingga 19 September ini supaya merancang perjalanan mereka berdasarkan jadual TTA yang dikeluarkan.
"Berdasarkan kajian kami pada musim-musim perayaan yang lalu, perjalanan di lebuh raya adalah lebih lancar apabila lebih ramai yang mematuhi TTA .
0 Response to "PLUS Cadang Jadual Waktu Perjalanan Balik Kampung"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...