Tahukah Anda : Kifarah Dalam Islam | Kifarah merupakan musibah yang berlaku kepada orang yang baik tetapi ketika dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. Musibah ini diturunkan berfungsi sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran.
Ditimpa semasa didunia oleh Allah swt sebagai balasan kesalahannya bagi melepaskan dia daripada dibalas di akhirat. Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat
" dan KAMI timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar " (surah al-zukhruf 43:48)
Kifarah
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.
Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia . Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Menurut sumber lain juga kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut.
Saidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda
" Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa " (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Kifarah dalam Islam contohnya seperti maksud di atas dan seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa , maka Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.
1- Derhaka Kepad Ibu Bapa
Kifarah Dalam Islam
Antara beberapa perbuatan yang boleh mendapat kifarah yang sering berlaku dalam kehidupan manusia yang boleh dijadikan iktibar dan renungan .
2- Mengambil Rasuah Atau Sumber Yang Tidak Halal
3- Melakukan Zina
4- Mengumpat Keburukan Orang Lain
5- Menyebrkan Keaiban Orang Lain
6- Memberi Makan Haiwan Peliharaan / Haiwan terbiar
7- Menolong Orang Dalam Kesusahan
8- Membuat Kebaikan Dengan Bersedekah
0 Response to "Tahukah Anda : Kifarah Dalam Islam"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...