Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Musim perkahwinan sudah bermula . Apa yang TI perhatikan , masih ada lagi pengantin lelaki yang memakai inai walaupun sudah dijelaskan malah diketahui ianya tidak dibenarkan dalam Islam . Berikut adalah penjelasan hukum pengantin lelaki memakai inai .
Hukum Pengantin Lelaki Memakai Inai
Pengantin lelaki yang berinai dengan menggunakan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki mereka , hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim . Maksudnya: Daripada Anas dia berkata:
" Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma) ."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Za'faran (kuma-kuma) adalah sejenis daun tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna serta berbau harum. Warna za'faran sama seperti warna yang dihasilkan oleh daun inai . Maknanya , lelaki juga haram memakai inai kerana warnanya termaksuklah pengantin lelaki
Haram Memakai Hiasan Menyerupai Wanita
Apabila pengantin lelaki berinai sama ada pada jari tangan ataupun kaki walaupun sekadar untuk memenuhi syarat , ianya tetap menyerupai cara kaum wanita berhias . Haram hukumnya perbuatan meniru-niru atau menyerupai antara lelaki dan perempuan sebagaimana ditegaskan di dalam sebuah hadis sahih: Maksudnya:
"Daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu Anhuma beliau berkata: "Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru-niru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki."(Hadis riwayat Bukhari)
Berinai Untuk Mengubati Penyakit
Sekiranya seseorang lelaki itu berinai atas tujuan untuk mengubati penyakit , ianya dibenarkan malah tidaklah dimakruhkan ke atasnya untuk berinai.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud : Maksudnya:
" Daripada Salma khadam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dia berkata: "Tidak mengadu kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam seseorang tentang sakit di kepala melainkan Baginda menyuruh orang itu supaya berbekam, dan tidak mengadu kepadanya seseorang tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda menyuruhnya supaya berinai."(Hadis riwayat Abu Daud)
Selalu tengok pengantin lelaki berinaikan....baru tau haram hukumnya Vee ...tq share ilmu ni......Salam Maal Hijrah Vee
ReplyDeleteSamalah,saya pun baru tau.
DeleteThanx Vee.
oh i see.. haram rupanya..
ReplyDeletetapi pakai yg kat tiga jari tu je, boleh ke?
inai utk tujuan perubatan mmg sangat mujarab..btw, nice sharing.. lagi2 skrg mmg dh musim org kahwin sana sini :)
ReplyDeleteSemoga ia dpt menjadi pengetahuan yg bermanfaat kpd semua.. T kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteDah HARAM namanya kenapa la ada jugak yang pakai aduhai ..
ReplyDeleteThanks atas info CM... Sebelum nie tak tau pun...
ReplyDeleteyeke? saya baru tahu bab ni
ReplyDeleteterima kasih keran berkongsi ilmu vee