Tahukah Anda : Sebab Samsung Note 7 Ditarik Balik Dari Pasaran


Tahukah Anda : Sebab Samsung Note 7 Ditarik Balik Dari Pasaran | Samsung Elektronics telah melancarkan Galaxy Note terbarunya iaitu Note 7 dan ianya sudah lebih dua minggu berada di pasaran . 


Tahukah Anda : Sebab Samsung Note 7 Ditarik Balik Dari Pasaran

Sebab Samsung Note 7 Ditarik Balik Dari Pasaran


Baru-baru ini Samsung Elektronics mengumumkan telah menarik balik semua Samsung Galaxy Note 7 di 10 pasaran disebabkan isu masalah bateri yang mudah terbakar . 

Koh Dong-jin, ketua perniagaan telefon pintar syarikat Korea Selatan, enggan mengulas mengenai berapa banyak telefon perlu diganti, tetapi berkata Samsung telah menjual 2.5 juta peranti premium setakat ini.
Bercakap pada sidang akhbar, Koh kesal dengan penarikan balik telefon itu, yang akan memberi kesan kepada pasaran termasuk Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Untuk pasaran di China, telefon itu menggunakan bateri yang berbeza dan tidak tarik balik oleh Samsung, vendor telefon pintar terbesar di dunia.
NEW YORK : Suruhanjaya Keselamatan Produk Konsumer Amerika Syarikat (CPSC) hari ini meminta pengguna yang mempunyai telefon pintar Samsung Galaxy Note7 agar menutup, menghindari daripada mengecas atau menghentikan penggunaannya. Amaran itu dikeluarkan hari ini susulan beberapa laporan mengenai bateri jenis lithium-ion yang digunakan dalam perisian Note7 menyebabkannya terbakar. "Apabila baterinya terlampau panas dan meledak, ia boleh mendatangkan bahaya," kata CPSC dalam satu kenyataan.

Larangan Penggunaan Samsung Galaxy Note 7 Dalam Kapal Terbang


Malaysian Airlines System ( MAS ) melarang penggunaan Samsung Galaxy Note 7 di dalam kapalnya selepas beberapa negara lain melakukan tindakan yang sama bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini .

"Menghidupkan dan mengecas telefon mudah alih Samsung Galaxy Note 7 adalah dilarang dalam semua penerbangan kami," kata SIA dalam satu kenyataan. 
Qantas Australia, Virgin Australia dan Etihad yang berpangkalan di Abu Dhabi juga mengumumkan pengharaman yang sama. 
Sementara itu Amerika Syarikat dan pihak berkuasa penerbangan Jepun menggesa penumpang untuk tidak menghidupkan atau mengecas telefon berskrin besar itu di dalam pesawat.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat juga memberitahu penumpang untuk tidak menyimpan peranti berkenaan di dalam bagasi yang didaftar masuk






0 Response to "Tahukah Anda : Sebab Samsung Note 7 Ditarik Balik Dari Pasaran"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...