6 Tips Mudah Jadikan Enjin Kereta Anda Hebat


Assalamualaikum ...

6 Tips Mudah Jadikan Enjin Kereta Anda Hebat | Sesiapa yang mahu mengambil lesen kereta , perlu juga tahu mengenai enjin dan bagaimana mahu mengenal pasti masalah kereta bila kereta tiba - tiba meragam . Lagi parah bila kereta meragam di tempat yang sunyi atau tak banyak kenderaan yang lalu lalang atau jauh dari bengkel kereta .


6 Tips Mudah Jadikan Enjin Kereta Anda Hebat


Enjin Kereta


Selalunya enjin kereta terpakai yang kerap mengalami banyak masalah . Maklumlah , enjin dah lama . Makanya , kena rajin servis . Kalau tahu buat sendiri , itu lagi bagus . Sekurang - kurangnya dapat jimatkan perbelanjaan dan juga dapat isi masa lapang dengan ' membelai ' kereta .

Perempuan adalah individu yang perlu mempelajari selok belok jaga enjin ni . Sekurang - kurangnya mesti tahu penjagaan enin yang asas . Jadinya , kalau tetiba kereta meragam di pertengahan perjalanan , bolehlah cek apa yang patut sementara menunggu bantuan ataupun menunggu mekanik tiba .

6 Tips Mudah Jadikan Enjin Kereta Anda Hebat


Untuk melakukan sendiri penjagaan enjin kereta di rumah , anda perlu tahu 6 tips mudah jadikan enjin kereta anda hebat bila beraksi di jalan raya .

1- Minyak Pelincir 


Minyak pelincir perlu ditukar mengikut jadual iaitu setiap 5,000 kilometer penggunaan . Cabut dipstick dan bersihkan, pasang semula distick, kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam. Ianya harus berada pada level min dan max. Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda min.

Minyak pelincir mengandungi bahan pembersih untuk memcuci enjin . Minyak pelincir juga menymbang kepada penyejukan enjin dan daya penyejukan ini akan menurun melalui masa . Minyak pelincir lama / kotor akan menyebabkan enjin beroperasi lebih panas dari biasa dan akan menyebabkan kehausan melampau .

2- Minyak Brake


Periksa level minyak brake pada tabung . Pastikan level minyak berada berada diantara min dan max . Jika kurang , tambahkan . Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body kereta.

3- Minyak Power Stering


Periksa level minyak power stering pada tabung. Harus diantara Min dan Max. Tambahkan jika kurang. Begitu juga periksa keadaaan minyak power steering (warna keemasan = ok , warna gelap = ganti) .

4- Minyak Tangki


Buat pemeriksaan pada indicator minyak. Untuk perjalanan jauh sila pastikan minyak diisi penuh atau sekurang-kurangnya separuh tank.. Kalau tidak macam mana nak berjalan jauh dengan lancar .

5- Radiator


Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air .  Sistem penyejukkan air dapat menghalang enjin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian enjin dan kemudian melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam enjin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun enjin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. 

Cara penyelengaraan radiator ( setiap 3 bulan ) :


1. Buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator
2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalamradiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.
3. Biar injin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.
4. Matikan injin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.
5. Hidupkan injin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila injin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function dibahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.
6. Perkara ini perlu dilakukkan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam injin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.
7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangka hayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.
8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. Harga upah dalam sekitar RM35-RM50.
9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong)) kerana jika kita biarkan, kemungkinan overheating boleh berlaku


6- Bateri Sel Basah Dan Kering


Untuk menghidupkan enjin , bateri kereta kita perlu berada pada tahap yang optimum . Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin kereta . Dalam masa sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya . Secara tidak langsung, ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk memulihkan kereta.

Bateri Sel Basah 


Untuk bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri. Pastikan ia berada pada paras yang normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri . Ini bagi mengelakkan daripada plet plumbum menjadi kering.

Bateri Kering


Manakala bateri kering (atau maintenance-free battery) pula berbeza dengan bateri basah dari segi penyelenggaraan. Bateri kering tidak memerlukan pemilik kereta untuk periksa air bateri setiap masa.

Cara Menjaga Bateri 


Berikut 3 cara menjaga bateri kereta agar enjin kereta anda dapat berjalan dengan lancar .

1 – Seminggu Sekali


Lakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Jika ia berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga ia mencapai tahap yang normal. Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Kerana limpahan air bateri akan merosakkan beberapa bahan kereta yang lain. 

2 – Buang Debu Putih



Debu putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Penting untuk kita bersihkannya. Cara untuk bersihkan adalah menerusi:
  • Bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik / baking powder).
  • Satu sudu teh serbuk.
  • Satu cawan air.
Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat munculnya buih-buih di sekeliling. Buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih. Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.

3 – Sentiasa Periksa Bateri



Seelok-eloknya, sebelum kita memulakan perjalanan ke tempat yang jauh, periksa bateri terlebih dahulu. Ada kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagainya. Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, kita dapat mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi bagi tujuan pembaikan .


~ Sumber Informasi ~


5 Responses to "6 Tips Mudah Jadikan Enjin Kereta Anda Hebat"

  1. ehehe dulu amek lesen tak masuk kelas pun.. sebab orang tak ramai..
    terus lulus =D

    ReplyDelete
  2. alamak baru tau.. selalu cukup kilometer terus pi servis je..

    ReplyDelete
  3. TQ untuk info ni sis... bila betul cara jaga kereta ni pasti tak mendatangkan masalah nti nya...

    ReplyDelete
  4. Cikna tuka mnyk hitam ikut meter je, yg lain2 serahkn pd mekanik then bayo,huhuuu....;-)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...