ASSALAMUALAIKUM ...
Jangan Ikut Hawa Nafsu | Hawa nafsu merujuk kepada sesuatu yang diingini oleh jiwa iaitu kecenderungan kepada syahwat dan maksiat . Disebabkan itu , hawa nafsu disebutkan dalam al - Quran diikuti dengan kalimah celaan .
Apabila hati dikuasai hawa nafsu , akan membawa seseorang kepada kebatilan , meninggalkan kebenaran dan memusuhi pendukungnya . Orang yang tunduk kepada hawa nafsu , mudah terheret ke dalam kancah perselisihan .
Apabila hati dikuasai hawa nafsu , akan membawa seseorang kepada kebatilan , meninggalkan kebenaran dan memusuhi pendukungnya . Orang yang tunduk kepada hawa nafsu , mudah terheret ke dalam kancah perselisihan .
Firman Allah bermaksud :
" Dan apabila datang kepada mereka al - kitab ( al - Quran ) dari sisi Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka sedang mereka sebelum ini biasa memohon kedatangan Nabi untuk mendapatkan kemenangan ke atas orang - orang kafir , maka apabila datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui , mereka mengingkarinya . Maka laknat Allahlah ke atas orang yang ingkar itu . "( Surah al - Baqarah : 89 )
Hawa nafsu gemarkan kemasyhuran dan mahu mengatasi orang lain . Kata az - Zuhri ,
" Kami tidak melihat sifat zuhud dalam sesuatu perkara lebih sedikit daripada zuhud pada pangkat . Kami melihat seorang lelaki zuhud pada makanan , minuman dan harta tetapi apabila ditawarkan pangkat , dia bersungguh - sungguh padanya dan melampaui batas . "
Membersihkan jiwa daripada hawa nafsu sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil . Menjadi kewajipan kita supaya sentiasa menjaga diri agar tidak dikuasai hawa nafsu walaupun sedikit . Sekiranya gagal menghilangkannya , sekurang - kurangnya kita menyanggah dan tidak mengikutinya .
Firman Allah bermaksud :
" Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah . " ( Surah Sadd : 26 )
~ Sumber nformasi ~
huihhhh...scari tgk gbr tuhh..hihih..tp mmg xelok kalau ikut nafsu jer...kena guna akal kita sebaik mgkin utk pikir baik buruk sstu perkara
ReplyDeleteSyaitan boleh dikekang tp tidak hawa nafsu
ReplyDelete