Nilai Seketul Hati


Assalamualaikum ...

Nilai Seketul Hati | Hati itu letaknya di dalam . Hakikatnya , hanya Allah sahaja yang tahu apa ada dalam hati setiap manusia . Adakah hati itu sama dengan perasaan ? Lazimnya hati akan dikaitkan dengan perbuatan baik dan jahat seperti ' hati bersih ' atau ' hati hitam ' .


Nilai Seketul Hati


Daripada Abu Hurairah , katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan hartamu , tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu . "
( Riwayat Muslim )

Hati menurut perubatan / sains adalah darah hitam yang beku , mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada . Bagimanapun Imam al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani . Katanya :

" Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh , sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat , padahal Allah hanya memandang hati mereka seperti firman - Nya dalam surah asy-Syams, ayat 7 hingga 10 " .

Hati diibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya . Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan . Jika hati baik , maka akan baiklah kelakuan seseorang itu . Jika sebaliknya , maka buruklah peribadi seseorang itu .

Sesungguhnya hati adalah nilaian Allah yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan .


Nilai Seketul Hati




2 Responses to "Nilai Seketul Hati"

  1. Salam kenal.. 😁😁

    Same2lah mnjg hati..

    ReplyDelete
  2. Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
    Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baikmaka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
    (Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...