Harga Rokok Naik


Assalamualaikum ...

Harga Rokok Naik | Bismillah . Rokok , walaupun sudah diharamkan oleh Majlis Fatwa selama berpuluh tahun , namun para muslimin masih lagi menghisap tanpa rasa bersalah hanya kerana di dalam al - Quran tidak menyatakan hukum merokok itu haram .


Harga Rokok Naik

Rokok 


Walaupun banyak kempen tentang kesan merokok dalam jangka panjang yang boleh menyebabkan kanser , perokok tegar tetap tidak ambil endah hanya kerana penyakit kanser itu tidak akan wujud dalam sekelip mata .

Selain itu telah banyak juga kempen kesedaran tentang bahaya merokok kepada orang disekeliling terutama pada kanak - kanak dan ibu mengandung , tetapi perokok tegar tetap menghembuskan asap rokoknya tanpa rasa bersalah .

Harga Rokok Naik


Hari ini , China Press melaporkan bahawa harga rokok dinaikkan ekoran kenaikan cukai eksais ke atas produk tembakau . Rokok jenama Dunhill , Kent dan Benson And Hedges yang sebelum ini berharga RM 13.80 sekotak menjadi RM 17 berkuatkuasa pada 4 November . Manakala rokok jenama Lucky Strike pula naik harga kepada RM17.50 berbanding RM 14.30 harga sebelum ini . Untuk jenama rokok Pall Mall dan Peter Stuyvesan pula , harga baru adalah RM 15.50 berbanding RM 12.30 sebelum ini .

Pengarah Urusan British American Tobacco Malaysia ( BATM ), Stefano Celini menyatakan bahawa rokok yang dikeluarkan syarikat itu meningkat kepada RM3.20 sekotak ekoran kenaikan cukai eksais sebanyak 40 peratus serta perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus .



~ Sumber Informasi ~



6 Responses to "Harga Rokok Naik"

  1. patut jangan dijual terus rokok ni..

    ReplyDelete
  2. dah di haramkan pun masih ramai yg hisap rokok... huhu..
    bagus juga harga rokok ni naik.... harap nya org tak mau beli dah...

    ReplyDelete
  3. kalau perokok tegar...diorg xheran dgn harga naik nih....mcm xde kesan pada mereka....

    ReplyDelete
  4. Bagi peminat rokok haram bukan isunya, isunya ketagih yg tak boleh dibeli dengan hukum. Harga dan implikasi kesihatan juga bukan mereka peduli yg penting kesedapan sementara...

    ReplyDelete
  5. lagi naik, sy rasa mcm lg ramai je org hisap rokok

    ReplyDelete
  6. nasib baik suami saya tak isap rokok alhamdulilah

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...