Ruam Peluh " Miliaria "


Assalamualaikum ...

Ruam Dan Cara Mengatasinya | Bila anda merasa gatal selepas anda berpeluh dikawasan tertentu seperti di leher , pelipat siku , ketiak dan sebagainya dan perkara itu kerap terjadi , maka anda sebenarnya menghadapi ruam . 


Ruam Peluh " Miliaria "

Ruam Peluh " Miliaria "


Ruam jenis ini selalunya hanya bersifat sementara iaitu ruam itu hanya akan timbul bila anda berpeluh . Ruam yang timbul selepas berpeluh dikenali sebagai " Miliaria " . Ruam " Miliaria " merupakan penyakt biasa yang kerap timbul pada cuaca panas lembap seperti Malaysia .

Ruam " Miliaria " terjadi apabila kelenjar peluh tidak terbentuk dengan sempurna atau disebabkan oleh makanan tertentu yang menyebabkan kelenjar peluh tersumbat .

Jenis Miliaria


Terdapat tiga jenis Miliaria iaitu 

1- Miliaria Cystalline


Kelenjar peluh yang tersumbat hanya di permukaan kulit saja . Keadaan ini menghasilkan bintik - bintik halus . Tiada ruam dan rasa gatal .

2- Miliaria Rubra


Kelenjar peluh tersumbat lebih dalam sehinggakan menyebabkan kebocoron peluh ke dalam lapisan epidermis seterusnya menghasilkan keradangan . Selalunya ruam terhasil di lipatan lengan , lengan atau tangan , di dada , leher dan bahu . Selalunya disertai dengan gejala lainnya dan kerap menyerang lelaki berumur kurang 40 - an .

3- Miliaria Profunda


Ini adalah kategori ruam yang paling teruk kerana mudah merebak ke bahagian lain pada tubuh dan pesakit akan merasa panas seperti terbakar . Oleh kerana kelenjar pelu yang tersumbat lebih dalam , maka rasa gatal berlaku dengan cepat bila peluh keluar .

Rawatan Mudah Di Rumah


Bagi anda yang ruam pada anggota badan hanya muncul selepas berpeluh dan hilang selepas beberapa jam , anda boleh melakukan rawatan mudah di rumah seperti berikut :

1- Pastikan kawasan yang gatal berada dalam keadaan sejuk dan lembap. Meletakkan kain direndam di dalam air ais pada ruam beberapa kali sehari. Ruam yang terlalu kering akan mengeringkan kulit, yang boleh menggandakan kegatalan.
2- Pastikan anda berada dalam persekitaran sejuk dan berjauhan daripada matahari. Haba boleh membuat gatal semakin teruk.
3- Cuba mandi menggunakan bijiran gandum untuk melegakan gatal-gatal. Balut satu cawan bijiran gandum dengan kain kapas dan rebus seperti yang anda lakukan untuk memasak.
4- Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik dan gunakan sebagai span. Anda boleh mandi dalam air sejuk tanpa sabun.
5- Elakkan daripada menggaru. Potong kuku pendek atau memakai sarung tangan kapas pada waktu malam untuk mengelakkan anda menggaru secara tidak sengaja.
6- Pakai pakaian kapas. Jangan memakai bulu dan kain sintetik.
7- Gunakan sabun lembut seperti Cetaphil, Dove atau Minyak Olay, dan sabun yang sedikit sahaja. Jangan gunakan sabun deodoran.
8- Basuh pakaian anda dengan sabun pelembut, bukannya detergen. Bilas dua kali untuk membuang semua kesan sabun. Jangan gunakan bahan cuci yang kuat.
9- Berehat sepanjang hari untuk melakukan senaman santai, terutamanya sebelum tidur kerana tekanan juga boleh menyebabkan gatal atau ruam bertambah buruk.
10- Banyakkan minum air dan segera mandi bila terasa gatal .
11- Sapukan krim aloe vera dan krim aquous yang boleh anda beli di farmasi . Elakkan guna krim berasaskan minyak .
12- Jangan biarkan kulit yang beruam itu kering dan bernanah untuk elakkan jangkitan bakteria .
13- Pakai pakaian yang longgar untuk lebih pengudaraan .

Jika ruam anda makin melarat dan disusuli dengan demam , anda dinashatkan untuk berjumpa doktor untuk rawatan lanjut .



~ Sumber Informasi ~




0 Response to "Ruam Peluh " Miliaria ""

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...