JDT Melakar Sejarah Juara Piala AFC


Assalamualaikum ...

JDT Melakar Sejarah Juara Piala AFC | SI bukan peminat fanatik bola . Perlawanan bola piala AFC pun SI tak tahu . Malah SI tak tahu pun ada siaran langsung perlawanan bola Piala AFC .  Bila JDT dah menang dan ramai yang ucap tahniah , barulah SI tahu .

Perlawanan peringkat Asia yang setahu SI Malaysia belum pernah menang pun ! Alhamdulillah , bangga sekejap jadi anak Johor . Percaturan TMJ menjadi nampaknya apabila mengambil jurulatih baru .


JDT Melakar Sejarah Juara Piala AFC

Piala AFC


Untuk pengetahun anda , Piala AFC Cup ( Piala Konfederasi Bola Sepak Asia ) telah bermula pada tahun 2004 . Piala AFC Cup menampilkan 32 kelab bola sepak dari 15 buah negara di Asia seperti India , Singapura , Thailand , Vietnam , Syria , Kuwait , Jordan , Bahrain , Oman , Iraq , Lebanon , Yaman , Maldives , Hong Kong , Indonesia dan Malaysia .

Piala AFC merupakan pertandingan bola sepak tahunan yang melibatkan kelab-kelab bola sepak tempatan di benua Asia. Pertandingan ini dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia. Pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini berada dalam kategori 'negara membangun' seperti yang tertera dalam document Visi Asia. Negara-negara yang mana adalah negara-negara 'matang' dimasukkan ke dalam Liga Juara-Juara AFC, dan negara-negara yang mana adalah negara-negara yang 'baru muncul' dimasukkan ke dalam Piala Presiden AFC.
'Negara-negara membangun' adalah negara-negara empat belas 'terbaik-seterusnya' yang terletak di luar negara-negara 14 teratas di dalam rantau AFC yang menghantar pasukan-pasukan kelab mereka ke Liga Juara-Juara AFC yang lebih berprestij. Sebelum pembaharuan dalam format pertandingan yang berlaku pada tahun 2009, kedua-dua pertandingan tidak saling berkaitan seperti Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA di Eropah dan pasukan-pasukan tewas Liga Juara-Juara AFC tidak bersaing dalam Piala tersebut. Berikutan pembaharuan pada tahun 2009, finalis-finalis Piala AFC yang memenuhi kriteria AFC dan lain-lain pasukan tertentu yang layak dibenarkan untuk bersaing dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC dengan pasukan-pasukan tewas dalam pusingan tersebut diturunkan untuk bermain dalam Piala AFC.
Kelab Al-Faisaly kini adalah kelab yang paling berjaya di dalam sejarah pertandingan ini, setelah memenangi gelaran kedua mereka pada tahun 2006. Kelab-kelab dari Jordan telah memenangi 3 gelaran dan adalah negara yang paling berjaya dalam pertandingan tersebut. Semenjak perasmian pertandingan tersebut pada tahun 2004, finalis-finalis di setiap edisi telah didominasi oleh kelab-kelab dari Asia Barat.

JDT Melakar Sejarah Juara Piala AFC


Pada 31 Oktober 2015 , Kelab Bolasepak JDT telah melakar sejarah apabila menjadi juara baru bagi Piala AFC yang selama ini dipelopori oleh kelab dari negara timur tengah . Maka banyaklah ucapan tahniah yang datang dari netizen Malaysia , juga jiran tetangga seperti Singapura dan Indonesia . Malah PM Najib dan Khairi Jamaluddin ( KJ ) merangkap Menteri Belia Dan Sukan juga turut mengucapkan tahniah .
Dengan kemenangan itu , kelab bolasepak JDT membawa pulang sebuah trofi Piala AFC dan duit kemenangan sebanyak USD 350, 000 ( RM 1.502 juta ) yang disampaikan sendiri oleh Sultan Johor , Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar .

Nazar


Ekoran dari kemenangan kelab bolasepak JDT menjulang Piala AFC , Sultan Johor , Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah bertitah akan melaksanakan nazarnya dengan mendermakan RM 1 Juta kepada seluruh rumah anak yatim di Johor . Manakala Tengku Mahkota Johor pula akan mendermakan sejumlah wang ke setiap masjid di negeri Johor .

JDT Melakar Sejarah Juara Piala AFC

Raikan


Hari ini , kelab bolasepak JDT telah meraikan kemenangan mereka bersama rakyat Johor dengan membawa Piala AFC ke dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru ( MBJB ) dengan menggunakan bas .

Masa Depan 


SI mengharapkan selepas ini JDT dapat masuk ke Piala Dunia pula . Tiada yang mustahil jika ada kesungguhan dan usaha ke arah itu . Apa yang pasti , Malaysia BOLEH !


~ Sumber Informasi ~



6 Responses to "JDT Melakar Sejarah Juara Piala AFC"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...