Perjanjian Hudaibiyah ( 6 Hijrah / 628 Masihi )


Perjanjian Hudaibiyah (  6 Hijrah / 628 Masihi ) | Pada tahun ke-enam Hijrah , Rasulullah s.a.w. bersama lebih 1,400 orang sahabat telah bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah . Inilah kali pertama mereka kembali ke Mekah selepas sekian lama menyingkir diri dari tanah tumpah darah mereka .


Perjanjian Hudaibiyah (  6 Hijrah / 628 Masihi )

Perjanjian Hudaibiyah (  6 Hijrah / 628 Masihi )


Berita kedatangan rombongan Baginda sampai ke pengetahuan puak Quraisy lalu golongan kafir ini bersiap sedia untuk menghalang kedatangan baginda ke dalam kota . Berlaku sedikit kekecohan dan untuk menyelamatkan keadaan , Rasulullah bersetuju mengikat perjanjian damai yang dinamakan sebagai Perjanjian Hudaibiyah dengan orang kafir Quraisy di Hudaibiyah yang terletak sembilan kilometer dari Mekah .

Butir Perjanjian


Mengikut perjanjian , Rasulullah dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah pada tahun itu tetapi mereka boleh datang pada tahun berikutnya . Bagaimanapun mereka dibenarkan berada di Mekah selama tiga hari sahaja dalam keadaan aman dan bebas daripada senjata .

Selain itu , orang Quraisy juga menetapkan syarat bahawa sesiapa dari kalangan mereka yang lari menyerah diri pada Rasulullah , maka mesti dikembalikan ke Mekah semula . Tetapi jika orang - orang Islam yang menyerah diri kepada puak Quraisy , mereka tidak akan dikembalikan pada Rasulullah .

Perjanjian Hudaibiyah itu dilihat sebagai berat sebelah oleh sahabat yang lain tetapi kerana taat pada Rasulullah , mereka tidak menyuarakan bantahan . Tanpa banyak bicara , mereka kembali semula ke Madinah dan membuat persediaan untuk datang semula ke Mekah pada tahun berikutnya .

Kegembiraan Orang Islam 


Seperti dijanjikan sebagai mana terkandung dalam Perjanjian Hudaibiyah , mereka sampai pada tahun berikutnya dan orang kafir Quraisy keluar berkhemah di luar kota untuk memberi laluan pada orang Islam menunaikan ibadah . Detik itu dilihat sebagai saat kegembiraan bagi orang Islam kerana mereka dapat memasuki Mekah selepas tujuh tahun menunggu .

Kegembiraan itu turut dinyatakan dalam al - Quran ayat al - Fath : 27 yang bermaksud :

" Demi sesungguhnya Allah tetap menyatakan benar Rasul - Nya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar , iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid al - Haram - insya  -Allah ( pada masa yang ditentukan - Nya ) - dalam keadaan aman menyempurnakan ibadah umrah kamu dengan mencukur kepala kamu , dan kalau tidak pun menggunting sedikit rambutnya serta kamu tidak merasa takut ( akan penghianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ ) . "

Tiga hari digunakan sepenuhnya untuk melunaskan ibadah umrah . Suasana orang Islam mengerjakan umrah suatu pemandangan yang menarik perhatian orang Quraisy . Pemandangan itu sungguh yang asing bagi mereka yang dalam diam mengintai pergerakan ibadah orang Islam di dalam kota .



~ Sumber Informasi ~



0 Response to "Perjanjian Hudaibiyah ( 6 Hijrah / 628 Masihi )"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...