Korban Kerana Allah


Assalamualaikum ...

Korban Kerana Allah | Dengan lafaz Bismillah . Sudahkah anda melakukan korban ? Bagi yang mampu , jangan lambatkan niat untuk melakukan korban . kalau tidak mampu untuk melakukan korban keseluruhan , boleh ambil sebahagian . Yang penting kita dapat lakukan korban . Korban bukan sekadar pada lembu sahaja malah ada pelbagai jenis korban . Apa pun jenis pengorbanan yang anda lakukan , korban kerana Allah. Jangan sampai anda yang terkorban . Tetapi ada juga yang rela mengorbankan diri demi kebaikan .


 Korban Kerana Allah



Firman Allah s.w.t dan bermaksud ;

 
" Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban ( sebagai tanda syukur ) "
( Surah Al - Kauthar 108 : 2 )

Korban Kerana Allah


Setiap perkara yang kita lakukan perlulah ikhlas kerana Allah . Bukan melakukan kerana sesuatu . Sama ada  melakukan korban lembu atau korban harta , kerjaya , masa , jiwa , perasaan , ianya perlulah ikhlas kerana Allah . Hanya dengan cara itu , korban yang kita lakukan akan menjadi lebih mudah dan menyenangkan banyak pihak .

Tujuan Korban


Kita dikehendaki melakukan korban sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana telah memberi kita nikmat kehidupan yang bukan sedikit malah pelbagai termasuklah rezeki , keselesaan hidup , kesihatan juga usia yang masih ada untuk kita agar dapat meningkatkan amal ibadah dan melakukan taubat atas dosa - dosa terdahulu juga sekarang .

Melakukan korban juga bertujuan menjadi kifarah bagi kita atas kesilapan - kesilapan / dosa - dosa yang telah kita lakukan disebabkan kecuaian kita dalam mengerjakan ibadah wajip . Selain itu , melakukan korban dapat memberi kelegaan kepada keluarga juga orang yang melakukan korban .

Tidak mencukupi melakukan korban hanya dengan menghulurkan wang kerana ianya bukan zakat fitrah yang perlu diberikan kepada fakir miskin . Imam Ahmad telah menyebut bahawa amalan menyembelih korban itu lebih afdal daripada bersedekah dengan wang .

Korban Di Aidil Adha


Semoga ibadah korban yang anda lakukan di Aidil Adha ini dapat memberi manfaat dan kelebihan kepada anda sama ada anda boleh melihatnya atau sekadar dirasai dari jiwa anda .


Salam Aidil Adha Dari saya di Tahukah-Info


12 Responses to "Korban Kerana Allah"

  1. Perkongsian yang baik utk tatapan di hari raya korban.. Thanks cik Vee.. =)

    ReplyDelete
  2. Moga pengorbanan kita dapat keredhaan Allah... Amin

    ReplyDelete
  3. Nice sharing vee..semoga kita semua mendpt keberkatan dlm ibadah korban yg kita jalankan..

    ReplyDelete
  4. Selalu je lupa nak buat korban.
    Padahal boleh buat skali dgn akikah anak.
    Yang baby belum akikah lagi:(

    ReplyDelete
  5. Salam Aidil Adha buat Vee dan keluarga... Semoga kita semua beroleh keberkatan di hari yg mulia ini.

    ReplyDelete
  6. eh vee, betul ke daging korban yang kita terima tu
    tak boleh simpan lebih dari 3 hari?

    ReplyDelete
  7. DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.

    http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html

    ReplyDelete
  8. salam aidil adha..
    selamat hari raya qurban..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...