Tahukah Anda : Cara Guna Mata Kail Dan Penjagaan Yang Betul


Tahukah Anda : Cara Guna Mata Kail Dan Penjagaan Yang Betul | Mata Kail merupakan alat yang digunakan untuk memancing terutamanya memancing ikan . Mata kail berfungsi umtuk memsang umpan seperti cacing untuk menarik minat ikan , sotong , udang dan sebagainya . 


Tahukah Anda : Cara Guna Mata Kail Dan Penjagaan Yang Betul


TIPS GUNA MATA KAIL BERULANG KALI


Bukan semua kaki pancing memiliki ‘poket tebal’ yang boleh membeli apa sahaja yang diinginkan. Ada kalanya, beberapa item yang telah digunakan selepas memancing masih elok dan boleh digunakan lagi. Contohnya, mata kail. Memang tidak dinafikan ada kaki pancing yang membuang terus mata kail selepas digunakan kerana tanggapan mereka, jika digunakan selepas ini ia tidak lagi kuat, tidak tajam dan mudah patah.

Jika jenis mata kail harga murah terpulanglah kepada anda sama ada mahu menggunakannya semula ataupun tidak. Tetapi bagaimana dengan mata kail berharga mahal? Yang berharga lebih RM1 sebentuk. Tentunya sayang untuk membuangnya bukan?
Tahukah anda mata kail tersebut sebenarnya masih lagi boleh digunakan dan berfungsi baik jika anda mengendalinya dengan baik. Untuk penjimatan juga, adalah lebih baik sebenarnya anda menggunakan mata kail tahan karat. Ia tahan lama dan selamat digunakan berulang kali. Jika ingin memancing di laut, pilih mata kail yang bertulis salt water pada bungkusannya kerana ia sememangnya kuat menahan hakisan air masin.
Justeru tidak hairanlah ada yang gemar memilih mata kail yang sudah terbukti kekuatannya seperti Gamakatsu atau Mustad.

CARA PENJAGAAN MATA KAIL


1- Selepas pulang dari memancing air masin, bersihkan dan bilas mata kail dengan air tawar. Kemudian keringkan di bawah sinaran cahaya matahari.
2- Selepas keringkan, perhatikan mana bahagian mata kail yang ada tanda karat. Jika ada, gosok dengan kertas pasir. Penting untuk anda menyimpannya dalam kotak pancing anda. Sila diamati semula, jika kurang tajam, boleh gunakan kikir halus (handlife) dan asah pada bahagian berkenaan.
2- Jika mata kail agak berkarat adalah lebih baik anda membuangnya sahaja. Paling penting, mata kail yang telah anda bersihkan ini jangan sesekali dicampurkan ke dalam bekas atau pek mata kail yang masih belum digunakan. Anda perlu menyediakan satu bekas khas untuk mata kail yang terpakai.


0 Response to "Tahukah Anda : Cara Guna Mata Kail Dan Penjagaan Yang Betul"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...