Tahukah Anda : Khasiat Dan Fadhilat Membaca Surah Al-Ikhlas



Tahukah Anda : Khasiat Dan Fadhilat Membaca Surah Al-Ikhlas |  Surah al Ikhlas diturunkan di kota Mekah . Dikenali juga sebagai surat Makiyah. SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد)(Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama . Surat al-Ikhlas hanya mengandungi empat ayat yang menceritakan tentang ke Esaan Allah s.w.t. 


SurahAl-Ikhlaṣ  terdiri daripada 4 ayata dalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan - Islam seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan.  Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atautidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.
 .
Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “ Ahad ! Ahad ! ” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).

Daripada Anas RA bahawa seorang lelaki berkata,


Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini, “(al-ikhlas)” lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga ”.(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith hasan)


ahukah Anda : Khasiat Surah Al-Ikhlas


Maksud Surah al-Ikhlas


1- Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "
2- Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 
3- "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 
4- "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Fadhilat Membaca Surah Al-Ikhlas


SurahAl-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :
.

1.      Mengusir Iblis Dan Syaitan

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Masuk Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali  . Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikatrumah akan menyahut.


Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.
.
Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yangdiucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

2.  Sebahagian Al-Quran


Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada AbuSa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang dimasjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. 

Rasullullah SAW bersabda, 

“Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
 .
Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; 

“Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)
 ,
Sabda Rasulullah SAW, 

“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
 .
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhirayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.

3.  Khatam Al-Quran


Orang yang membaca surahAl-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quranseluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)
 .
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: 

“Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” 

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surahAl-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW:  

“Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

4.  Pahala membacanya


Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda :

“ Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada. ”
 .
Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telahbersabda: 

“Ketika saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surahAl-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”

Sambung Rasulullah SAW lagi : 

“Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S.‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”


5.  Penebus Diri


Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.

“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda NabiMuhammad SAW:  

“ Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari .” 

6.  Diampuni Dosanya Oleh Allah SWT

Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.

Rasullullah SAW bersabda : 

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali,maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”
 
“ Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”

7.  Selamat Di Alam Barzakh


Sabda Rasulullah SAW: 

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” 
( Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Sabda Rasullullah SAW: 

Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ. ”


8. Balasan Syurga


Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah;

“ Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Sayabertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurgabagi si pembaca itu). ”
 .
Rasululllah SAW bersabda:  

Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas)sebanyak 11 kali, dikurniakannya satumahligai indah di syurga. ”  (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).

Sabda Rasullullah SAW: 

“Sesiapa membaca‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan darikuburnya terus ke syurga.”

Rasululllah SAW bersabda:  

“Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siangdan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

Selamatkan Ahli Kubur 


Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke-2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya:

“Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”

Jawab si anak: 

Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3 kali dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang .”
 .
Subhanallah, hanya sekadar surah yang begini pendek, dapat memberikan kegembiraan kepada si mati tadi. Maka eloklah kita sama-sama amalkan supaya kita juga dipilih oleh Allah dalam apa jua perkara yang kita lakukan.
 .
Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib,katanya, Rasululllah SAW bersabda: 

Sesiapa yangmembaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akantergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh. ”

9.  Dipelihara Keselamatan


Rasululllah SAW bersabda: 

Sesiapa yangmembaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinyaakan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut. ”

Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al-Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari marabahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya.


Sabda Rasulullah SAW:

Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas setiap satusebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dansegala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.

Khasiat Membaca Surah Al-Ikhlas


Surah al-Ikhlas yang dibaca setiap hari dalam solat sekurang-kurangnya atau selepas solat , diketahui banyak kebaikannya dalam kehidupan . 

1- Tercapai Setiap Hajat


Bacalah surah al-Ikhlas sebanyak 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib . Selepas itu berdoalah meminta apa yang dihajati . In sha Allah , Allah akan mengabulkan apa yang diminta .

2- Menghindari Kesukaran


Jika surah al-Ikhlas dibaca bersama surah al-Falaq dan an-Nas pada setiap pagi dan petang , nescaya pembaca akan dipermudahkan urusannya .

Bacalah surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali sebelum terbit matahari dan 3 kali selepas terbenam matahari . Mudah-mudahan Allah selamatkan dari segala kejahatan manusia .

3- Menundukkan Orang Zalim


Baca surah al-Ikhlas sebanyak 1,000 kali setiap kali selepas solat fardu , kemudian baa doa berikut :
" Sesungguhnya daku menguasakn roh surah ini , panas dan sejuk , kepada roh ... ( nama orang yang menzalimi ) " . Diizinkan Allah akan berhasil .

4- Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain


Bacalah lafaz ' Ya Shamad ' sebanyak 133 kali setiap hari secara tetap . In sha Allah , akan selamatlah dari orang yang berniat jahat mahu menganiaya serta rakus kerana ketamakannya .


5- Mengurangkan Rasa Lapar Dan Dahaga


Bagi orang yang bermusafir atau bagi mereka yang berada jauh dari sumber air dan makanan , bacalah surah al-Ikhlas kemudian menyebut ' ya shamad ' sebanyak yang boleh . In sha Allah , rasa dahaga , lapar dan letih akan hilang dengan sendirinya malah mendapat tenaga yang luar jangkaan untuk meneruskan perjalanan .

6- Mengindarkan Diri Dari Segala Bencana


Bacalah surah al-Ikhlas sebanyak 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak . Berkat dari mengamalkannya , in sha Allah , akan terhindar dari semua bala bencana dan mara bahaya .


7- Beroleh Kebaikan Dunia Dan Akhirat


Bacalah surah al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian . In sha Allah , berkat membaca surah al-Ikhlas itu , kita akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat . 

8- Pelbagai Guna


Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu . In sha Allah banyak manfaatnya . Antaranya seperti berikut :

  • sebagai benteng / pagar diri
  • sebagai suplemen / vitamin lahir dan batin
  • dapat elakkan sihir dan santau
  • mahabbah 
  • murah rezeki
  • sebagai as syifa
  • membuka hijab
  • perlindungan dari zina 
  • membersih dan mensucikan hati kita 

Kita telah melihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca surah al-Ikhlas ini . Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidu[ , baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan . Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah s.w.t. kepada mereka yang membiasakan membaca surah al-Ikhlas secara istiqamah . 

Namun begitu , kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah s.w.t. bagi sesiapa yang dikehendakinya . Dengan membaca surah al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita terhadap al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Maka , marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten .


Sumber : Facebook

0 Response to "Tahukah Anda : Khasiat Dan Fadhilat Membaca Surah Al-Ikhlas"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...