Tutorial Halau Semut Masuk Laptop


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah , pernahkah laptop anda dimasuki semut ? Bagi saya ianya sudah perkara biasa dan agak kerap . Selalunya saya hanya cuba menekan kekunci button keyboard untuk memaksa semut - semut itu keluar . Agak berkesan walaupun memakan masa . Cuma saya tidak pasti adakah semua semut sudah keluar ? Sehingga tiba satu masa bila tiba - tiba datang idea bagaimana hendak menghalau semut yang sudah memasuki laptop .

Tutorial Cara Menghalau Semut


Apabila saya dapati ada semut di dalam laptop saya , maka saya jadi panik seketika . Tiba - tiba saya dapat ilham apabila terpandang racun serangga . Caranya mudah sahaja .

1- Perlu ada pengalas , penyembur racun serangga dan berus .


2- Semburkan racun serangga pada pengalas . Pastikan pengalas anda jenis yang boleh meresap .


3- Letakkan laptop anda di atas pengalas .


4- Apabila semut sudah keluar di atas keyboard , gunakan berus (besar) untuk menghalaunya .



Semburan Racun Serangga 


Perlu diketahui bahawa semburan racun serangga hanya bertujuan untuk membuat semut tersebut keluar dari tempat persembunyiannya . Apabila semut pening dengan bau racun serangga , semut - semut itu akan keluar . Keadaan ini menjadikan mudah bagi anda untuk menghalaunya .

Membuka Belakang Laptop


Sekiranya anda mempunyai kebolehan membuka sendiri bahagian belakang laptop , itu sudah memudahkan anda untuk menghalau semut . Adalah lebih mudah jika anda mempunyai peralatan yang secukupnya kerana anda juga boleh melakukan service pada laptop anda .

Kesan Semut Dalam Laptop


Setakat ini saya tidak tahu adakah semut yang duduk dalam laptop akan memberi kesan negatif pada laptop. Sekiranya anda mengetahui , harap dapat memberitahu saya . Sekadar langkah untuk berjaga - jaga .



* NOTA :

Harap tak bertelur di dalam lappy gamaknya .



Ditulis Oleh :





2 Responses to "Tutorial Halau Semut Masuk Laptop"

  1. Semut kat umah zumal suka main smartphone dan baca novel... Hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. Semut tu semua nak berblogging juga tu hehee.. :D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...