Jaga Laptop Cara Kedai Komputer


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Apabila kita membeli laptop, setiap penjual akan memberitahu tentang kelebihan setiap laptop yang dijual. Spesifikasi, kelajuan processor, memori yang pantas, kapasiti cakera keras yang besar, pemproses grafik yang boleh menjana visual realistik, saiz paparan skrin dan lain-lain lagi ciri-ciri yang digunakan sebagai poin jualan. Hampir tiada seorang pun daripada penjual laptop ini akan memberitahu anda bagaimana hendak menjaga laptop dengan betul apatah lagi jaga laptop cara kedai komputer yang menjadi rahsia mereka selama ini. 

 Jaga Laptop Cara Kedai Komputer


Servis Komputer

Hakikatnya, laptop yang anda sedang gunakan sekarang adalah sangat penting. Melayari internet, urusan perniagaan, kerja kerja pejabat, kerja kerja grafik, bermain permainan video, media sosial, pengkalan data, dan panggilan video boleh dilakukan dengan laptop anda.

Jadi, kelebihan laptop lebih banyak, kenapa anda tidak menjaganya sebaik mungkin?
Saya berasa amat bertanggungjawab untuk berkongsi rahsia yang semua kedai komputer ingin rahsiakan dari anda. Laptop yang tidak berjaga adalah laptop yang akan rosak. Bila rosak wajib dibaiki, bila baiki jawapannya wang. Untuk berkongsi semua tips penjagaan laptop dalam satu artikel adalah sesuatu yang mustahil, saya akan ungkaikan rahsia ini satu persatu setiap siri nanti.

Jaga Laptop Cara Kedai Komputer


Tips 1 – Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.


80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard . Dari masalah motherboard 7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuhLagi 93% dari kerosakan motherboard ini berpunca dari tidak servis laptop .

Apa Itu Servis Laptop?


Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan .

Mengapa Ia Perlu Dilakukan?


Seperti juga kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah 100 darjah C
Sistem penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen komponen panas ini.
Kipas yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk, habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.

Komputer Servis


Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).
Apabila ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700. (sumber Highpoint) manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah RM2000 (iMac city) .

Apakah Thermal Paste?


Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan.
Lama kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.

Di Mana Boleh Servis Laptop?


Untuk servis laptop anda digalakkan untuk menghantar laptop kepada pakar yang berhampiran dengan anda. Ini adalah kerana untuk mencuci laptop, anda perlu buka seluruh badan laptop dan besar kemungkinan akan terjadi insiden tikus membaiki labu. Komponen komponen di dalam laptop juga amat sensitif kepada elektrostatik.

Bila Waktu Sesuai Servis Laptop?


Anda dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda boleh rasakan haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke kedai komputer berhampiran untuk diservisJika persekitaran anda berhabuk, anda harus melakukannya dengan lebih kerap.

Kesimpulan ;

Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
Haba adalah musuh utama laptop.
•Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
•Laptop yang dijaga dengan baik adalah laptop yang akan menggembirakan tuannya.

Penulis: Muhammad Luqman Ayob
Sumber : Facebook


Disediakan oleh :




16 Responses to "Jaga Laptop Cara Kedai Komputer"

  1. Akak punya laptop ni dah 6tahun.. baru 2kali buka semua..sapu semua habuk.. itu pun minta tolong budak2 yg pakar kat opisni... hehe
    kalau pandai jaga & service betul..memang laptop akan tahan lama...

    ReplyDelete
  2. betul sangat tu...tapi malas noo nak bukak servis..haha..

    ReplyDelete
  3. Bro lebih pandai jaga komputer berbanding dengan laptop...

    ReplyDelete
  4. Ohh gitu rupanya.. Ingatkan gigi je kena servis 6 bulan sekali.. Hehehe..

    ReplyDelete
  5. Lappy okje sedang mengalami sindrom pegun Vee....huhu... mmg nak kena servis gamaknya tu. Cepat panas pun yer jugak .
    ...

    ReplyDelete
  6. selagi boleh 'on'...selagi tulah tak hantar services hehe

    ReplyDelete
  7. jarang servis hantar sevis time laptop rosak.aduh...

    ReplyDelete
  8. saya dulu pun tak tahu
    tapi lepas kena hantar hospital, doktor laptop
    adalah menjelaskan pasal benda ni

    ReplyDelete
  9. Ada lappy yg masih dlm waranti dia kata klu buka seal tu... warranty void. Kenalah tunggu lepas habis tempoh warranty baru berani buka.. :D

    ReplyDelete
  10. Lappy kita asyik buat problem aje sekarang...sensitif sangat...kena hantar servis ni..

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan yer... jemput join giveaway souvenirs dari paris saya yer... BLOG JINDRISSKA

    ReplyDelete
  12. Patut la laptop sy cepat panas..dah lama x servis, nak buat.sendiri takut tak pandai bukak dan pasang balik..hurmm.

    ReplyDelete
  13. Since bli sy blom lg service laptop sy ;)

    ReplyDelete
  14. Cara idah servis laptop??? hehehe.. tiup ajer... keluarkan debu2 makanan yang masuk kat celah2 keypad tu... kekekeke...

    ReplyDelete
  15. Thermal paste tu thermal compound, cecair yang biasanya warna kelabu tu e? yang diletakkan antara heatsink processor dengan processor tu e?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...