Manusia Yang Dihalau Di Padang Mahsyar



ASSALAMUALAIKUM ...

Padang Mahsyar adalah tempat kita semua dikumpulkan selepas kita dibangkitkan semula . Pada ketika tu macam - macam jenis manusia ada . Manusia yang memiliki wajah dan perlakuan yang berbeza berdasarkan amalan yang mereka lakukan di dunia . Maka mereka ini akan dihalau di Padang Mahsyar .



 Manusia Yang Dihalau Di Padang Mahsyar


Manusia yang dihalau di Padang Mahsyar


1. Manusia bermuka kera .


Muka mereka jadi begini sebab semasa hayatnya , mereka ini suka melaga - lagakan manusia . Selalunya mereka buat untuk kepentingan diri . Bila orang lain bergaduh , jadi dia lah yang dapat manfaatnya .

2. Manusia bermuka babi .


Islam menghendaki kita makan makanan yang halallan toyyiban . Makanan hala ni melibatkan wang yang halal juga . Jagi kalau selamba jer makan benda yang tak de status halal walaupun tak ada daging / gelatin babi kat dalamnya , belum tentu cara pembutannya tu bersih dari sudut Islam . 

3. Manusia yang kaki di atas dan kepala di bawah .


Jangan bercakap bohong . Mungkin anda rasa bohong tu boleh selamatkan keadaan . Tapi hukum Islam kata , bila berbohong , tetap berdosa .

4. Manusia yang bisu , pekak dan tak berakal .


Jangan berlagak sombong dengan orang lain sebab kita memang tak boleh hidup sendiri . Facebook adalah platform yang saya nampak orang suka sangat membanggakan diri menunjukkan segala aktiviti . Kekadang tu sampai tahap riak . Riak ni saya kalsifikasikannya kepada banyak jenis . Riak pada harta , kerjaya , ibadah , kejayaan dan kebahagiaan . Sedihnya , mereka ni anggap facebook tu untuk berkongsi cerita mereka . Tapi kalau dah menimbulkan rasa iri hati / tak senang pada orang lain , maka dah jadi riak . 

5. Manusia yang mengunyah lidah sendiri sedang lidah itu menjurai ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan .


Bila kita bepidato , berkata / menyeru perkara - perkara yang baik dan menurut kehendak Islam , tapi hakikatnya kita tak pun mempraktikannya  dalam kehidupan seharian kita . Jangan jadi ahli politik kalau kita tak nak berada bersama mereka di padang Mahsyar .

6. Manusia yang tersalib di pohon kurma dari neraka .


Menyokong pemimpin yang tak jujur . Jangan ajak orang untuk menyokong seorang pemimpin itu kalau kita dah tahu dia tak jujur dalam perjuangannya . 

7. Manusia yang terpotong tangan dan kakinya .


Walau kita tak suka jiran kita memelihara anjing , selalu buat bising atau segala jenis perkara yang buat kita rasa terganggu , jangan sesekali kita ganggu jiran . Kita cuba cari jalan supaya kita boleh elakkan diri dari rasa terganggu .

8. Manusia yang buta .


Kalau kita dah tetapkan hukum , maka kita perlu akur . Jangan sekali - kali kita melanggarnya hukum .

9. Manusia yang berbau busuk lebih busuk daripada bangkai .


Manusia itu perlu melepaskan nafsu syahwatnya di tempat yang sepatutnya . Bukannya di mana saja yang disukai . Jalankanlah tanggung jawab kita sebagai muslim untuk menunaikan solat , zakat , berpuasa dan segala yang diwajibkan ke atas kita . Berdakwahlah serta saling ingat mengingati jika kita ada peluang untuk melakukannya .

10. Manusia memakai pakaian besi yang panas .


Jangan sesekali kita cuba menduakan Allah . Sesungguhnya Allah yang Maha berkuasa ke atas segala - galanya . Allah jua yang menciptakan sesuatu malah Dia juga yang menentukan sesuatu perkara itu berlaku .


Oleh itu , lakukanlah ibadah dan jauhi larangan Allah sekiranya kita tidak mahu berada di kalangan mereka di Padang Mahsyar . Hanya kita yang tentukan apa kita akan jadi di sana nanti .




8 Responses to "Manusia Yang Dihalau Di Padang Mahsyar"

  1. Moga-moga kita bukan tergolong dari salah seorang daripada mereka...kena selalu muhasabah diri..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah takutnya sis.. moga kita semua dijauhkan dari golongan manusia2 di atas...

    ReplyDelete
  3. Semoga dijauhkan jadi tergolong dalam golongan ini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. TK atas peringatan ini vee... :)

    ReplyDelete
  5. mudah2an kita tidak termsk dlm golongan ini...aminnnn

    ReplyDelete
  6. takut menbacanya, semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan tu

    ReplyDelete
  7. Nauzubillah... semoga kita semua dijauhkan & beroleh peluang ke syurga Allah swt... aamiin.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...