Amalan Serta Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun


Assalamualaikum ...


Amalan Serta Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal TahunDengan lafaz Bismillah . Hari terakhir bulan Zulhijjah bakal menjelang tiba . Menyusul pula awal Muharam yang juga dikenali dengan Maal Hijrah iaitu tahun baru Islam . Sudah tentunya di akhir Zulhijjah ini kita akan mengenang banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ini dan akan menjadi kenangan indah juga nostalgia pada masa akan datang . 


Amalan Serta Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun


Pada penghujung hari ini selepas solat asar menghampiri maghrib kita dikehendaki membaca doa akhir tahun manakala selepas maghrib menyusul doa awal tahun pula .


Dari Abu Hurairah , Rasulullah SAW bersabda ;


" Seutama - utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharram dan seutama - utama solat sesudah fardhu ialah solat malam . " ( Sahih Muslim )

Doa Akhir Tahun


Doa akhir tahun hendaklah di baca 3 kali pada akhir waktu asar akhir Zulhijjah . Sesiapa yang membaca doa ini , syaitan berkata ;
" Sia - sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami , hanya dengan masa yang sebentar sahaja "




Amalan Serta Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun


Sesiapa yang membaca doa ini , syaitan berkata ;
" Kesusahan bagiku dan sia-sialah perkerjaaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun. 
                            

Doa Awal Tahun


Al - Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al - Hasani menyatakan ; 

“ Hendaklah dibacaDoa Awal Tahun ini sebanyak 3X pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu .
Doa Kedua
“ Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini daku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Daku memohon pertolonganMu, peliharakan daku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang menghampirkan daku dengan Mu, wahai Tuhan yang Maha Mulia !”
Jelas Ibni Abbas lagi; 
Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”
                                                                                                                         
             
Amalan Serta Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun



Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya dengan keikhlasan amalan yang dilakukan seperti di atas.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:"
" Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.

Sabda Rasulullah SAW: 
Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu. ”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

Antara Amalan Disunatkan Pada Bulan Muharam 



Antara amalan - amalan yang disunatkan kita lakukan pada bulan Muharam adalah seperti berikut :

1- Berpuasa 
2- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat,zikir dan sebagainya. 
3- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan zulhijah selepas asar sebanyak 3 kali. 
4- Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas Maghrib sebanyak 3 kali.


Rajinkanlah diri berQiamullail:

b) Membaca Al-Quran.
c) Berzikir.

Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan

Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.


~ Sumber Informasi ~




9 Responses to "Amalan Serta Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun"

  1. Vee...moga yg baik tu kita cuba usahakan untuk buatkan....tak dpt banyak sikit pun jadiklah dpd tak buat langsung

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...Dah buka buku baru...moga-moga lebih baik dari buku sebelumnya...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah sempat berdoa tahun ni.
    Tak macam tawun lepas..

    ReplyDelete
  4. Semoga sentiasa dipermudahkan usaha kita semua utk sentiasa berhijrah ke arah kejayaan... aamiin.

    ReplyDelete
  5. Semoga tahunini kita BERHIJRAH ke arah yang lebih baik dari sebelumnya ..InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. terima kasih tuk perkongsian ni vee
    salam maal hijrah

    ReplyDelete
  7. Salam Maal Hijrah.. Gud Info ! Thanks for sharing..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...