Fadhilat Ayat Kursi


ASSALAMUALAIKUM ...


Fadhilat Ayat Kursi | Apabila ayat Kursi diturunkan , Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya . Justeru itu , Rasulallah s.a.w segera memerintah penulis al - Quran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulis ayat Kursi dan menyebarkannya.


Fadhilat Ayat Kursi


Ayat Kursi


Untuk pengetahuan anda , ayat Kursi telah diturunkan pada satu malam selepas hijrah . Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan ia telah disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya .

Fadhilat Ayat Kursi


Terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi . Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam ayat Kursi terdapat perkataan KURSI , ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Ulama terkenal Professor Datuk Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin dalam buku mereka yang berjudul " Fadilat Ayat al - Kursi Untuk Mengatasi Sihir " , menyebut sekiranya ayat al - Kursi :

Memelihara Penghuni Rumah 


Allah bukan sahaja memberi keberkatan kepada orang yang membacanya , bahkan memelihara rumah tersebut serta semua penghuni , jiran - jiran serta rumah disekelilingnya daripada kejahatan manusia atau syaitan . Perbuatan menceroboh , merompak , mencuri dan  menculik boleh dielakkan .


Menjadi Perisai


Ayat Kursi jika diamalkan boleh menjadi perisai diri kita daripada gangguan makhluk - makhluk halus yang terdiri daripada jin , iblis dan syaitan ataupun daripada kejahatan manusia .

Sabda Rasulullah SAW : 
" Barang siapa membaca ayat al - Kursi apabila baring di tempat tidurnya  , Allah memelihara keselamatan dirinya dan mewakilkan 2 malaikat menjaganya sehingga subuh . " 

Keberkatan


Di baca pada makanan Allah akan memberi keberkatan kepada makanan tersebut . 

Menghilangkan Dukacita


Bagi orang yang berdukacita menanggung masalah , ayat ini boleh di baca untuk menghilangkan segala dukacita yang melanda .

Dipelihara Allah


Jika di baca pada waktu pagi , akan dipelihara oleh Allah hingga petang . Jika dibaca pada waktu petang , Allah akan peliharanya hingga subuh .

Diutus 70 ribu Malaikat


Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a , Rasulullah SAW bersabda : 
" Barang siapa keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al - Kursi maka Allah mengutus 70 ribu malaikat padanya , mereka sama memohon keampunan dan mendoakan baginya . " 

Pelindung Dari Syaitan


Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa , ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung daripada gangguan syaitan .

Elak Serangan Musuh


Syeikh Buni menerangkan: 

Sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris . Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali , atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.


Kelebihan Membaca Berkali - kali


Sekiranya anda membaca berkali - kali ayat kursi , anda juga boleh mendapat anyak manfaat . Antaranya :

Membaca 18 kali


Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, 

barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

Membaca 7 Kali


Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

Membaca 50 Kali


Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: 

“Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.


Sebanyak Hitung Hurufnya ( 170 Huruf )


Syeikh al-Buni menerangkan : 
Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

Membaca Sebanyak 1000 Kali


Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; 
sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Amalan Harian


Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu , Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membaca ayat kursi ketika hendak tidur , terpelihara dari gangguan syaitan , dan sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika ia marah , maka akan hilang rasa marahnya .




~ Sumber Inormasi ~




3 Responses to "Fadhilat Ayat Kursi"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...