Bajet 2016 - Meringankan Kos Sara Hidup


Assalamualaikum ...



Bajet 2016 - Meringankan Kos Sara Hidup | Bismillah . Pembentangan Bajet 2016 sudah selesai . Syukur alhamdulillah apabila pembentangan berjalan lancar . Pada mulanya SI bimbang akan berlaku sesuatu ekoran 'pergolakan ' politik ketika ini . 

Bajet 2016


Bajet 2016 yang dibentangkan oleh PM Dato' Seri Najib pada petang Jumaat , 23 Oktober 2015 telah berjalan dengan lancar . Bajet 2016 lebih kepada keperluan rakyat . Ini bertepatan dengan kos sara hidup yan kian meningkat serta mendesak menyebabkan warga kota ramai yang sesak nafas . Pun begitu , harga tol baru tetap berjalan seperti biasa .


Peruntukan Bajet 2016


PERUNTUKAN BAJET 2016


Bajet 2016 memperuntukkan 267.2 bilion ringgit berbanding 260.7 bilion ringgit peruntukan dipinda 2015. Daripada jumlah tersebut, 215.2 bilion ringgit adalah untuk perbelanjaan mengurus dan 52 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.
Di bawah peruntukan mengurus, 70.5 bilion ringgit adalah untuk Emolumen dan 36.3 bilion ringgit bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala sebanyak 106.6 bilion ringgit adalah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula diperuntukkan sebanyak 761 juta ringgit dan 1 bilion ringgit kepada perbelanjaan lain.
Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 30.1 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 13.1 bilion ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat.
Manakala, sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 5.2 bilion ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am iaitu sebanyak 1.6 bilion ringgit dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit.
Bagi tahun 2016, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak 225.7 bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 3.2 bilion ringgit berbanding 2015.
Dengan mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan Kerajaan, defisit fiskal Kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
Bajet ini dan bajet-bajet seterusnya akan berteraskan keseimbangan diantara Capital Economy dan People Economy. Disamping itu, kita perlu mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable dan membina sebuah negara yang kompetitif, progresif, bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu.

MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT 


Hal ini, adalah amat dekat di hati saya dan Kerajaan. Makanya, pelbagai inisiatif akan dilakukan melalui:

Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah


Langkah Satu: Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40, di mana:
1- TEKUN akan menyediakan 600 juta ringgit yang meliputi 500 juta ringgit untuk usahawan Bumiputera, dan 100 juta ringgit untuk 10 ribu usahawan India, melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.Selain itu,50 juta ringgit disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India;
2- Tambahan 200 juta ringgit kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia,bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40;
3- 100 juta ringgit disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang melibatkan kerjasama NGO dengan Institut Latihan Kemahiran Swasta;
4- Tambahan 90 juta ringgit sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina yang termasuk 50 juta ringgit untuk KOJADI.
Seterusnya, 40 juta ringgit bagi melaksanakan projek infrastruktur dan program pinjaman mudah kepada penduduk kampung-kampungbaru Cina bagi pembayaran premium tanah dan membaik pulih rumah;
5- 50 juta ringgit kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,untuk Program Latihan Kemahirandan Kerjaya serta Program Peningkatan Pendapatan. Melalui kedua-dua program ini, peserta akan mendapat manfaat latihan kemahiran dan juga bantuan berbentuk aset serta bahan mentah; dan
6- Menyediakan 100 juta ringgit kepada Institusi Latihan Kemahiran Swasta dan NGO bagi meningkatkan kemahiran B40 untuk mereka mendapat pekerjaan atau memulakan perniagaan.

Kebajikan Dan Kemajuan Masyarakat Orang Asli


Sejak dulu lagi, Kerajaan ini sungguh prihatin terhadap kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli.Untuk ini, sebanyak 300 juta ringgit disediakan bagi melaksanakan:
1- Pembangunan Perkampungan Bersepadu antaranya di Sungai Siput, Perak yang merangkumi pembinaan jalan perhubungan, penyediaan bekalan elektrik dan air terawat dengan peruntukan 80 juta ringgit;
2- Bantuan makanan tambahan, wang saku dan tambang pengangkutan sekolah sebanyak 45 juta ringgit; dan
3- Projek pembangunan ladang getah dan kelapa sawit serta tanaman kontan, menerusi Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli sebanyak 25 juta ringgit.
Untuk golongan B40 lagi, program eRezeki dan eUsahawan akan diperluaskan ke seluruh negara, untuk menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan mensasarkan 100 ribu dari kalangan B40 mendapat manfaat dengan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit,yang disediakan olehKementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Golongan Petani


Untuk Golongan Pesawah, Pekebun Kecil dan Penoreh Getah pula, Bajet kali ini menyediakan 852 juta ringgit kepada RISDA dan FELCRA untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan pendapatan dan produktiviti.
Kerajaan bercadang menambahbaik Insentif Pengeluaran Getah atau IPG. Untuk ini, sukacita saya umumkan, paras pengaktifan IPG dinaikkan daripada 4 ringgit 60 sen, kepada 5 ringgit 50 sen sekilogram, bagi getah SMR20 Freight On Board.Bagi getah skrap atau cuplumpsdi peringkat ladang pula,dinaikkan daripada 1 ringgit 75 sen, kepada2 ringgit 20 sen sekilogram.
Sebagai ilustrasi, berdasarkan purata pengeluaran 250 kilogram sebulan bagi setiap hektar, pemilik kebun seluas 2 hektar dijangka mampu meraih pendapatan seribu ringgit sebulan. Ini adalah pada harga pasaran getah skrap 2 ringgit sekilogram.
Kini, dengan bayaran tambahan IPG sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram,pendapatan keseluruhan pemilik kebun tersebut akanmeningkatkepada 1,100 ringgit sebulan.
Dengan penambahbaikan IPG ini juga Tuan Yang Dipertua, jikalau senario tadi hanya merujuk kepada seorang pemilik kebun, secara keseluruhannya pula, melalui Bajet ini seramai 300 ribu pekebun getah akan menerima manfaat tambahan daripada Kerajaan. Jumlah peruntukanyang dianggarkanadalah sebanyak 200 juta ringgit.
Selanjutnya, bagi menggalakkan petani meningkatkan mutu padi dan hasil tuaian mereka, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif Pemutuan Sebenar Padi dan menambahbaik Skim Subsidi Harga Padi, mulai 1 Januari 2016.
Pemutuan Sebenar Padi adalah berasaskan penyeragaman harga padi pada paras 1,200 ringgit setiap tan metrik. Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini, Kerajaan juga meningkatkan kadar SSHP dari 248 ringgit 10 sen, kepada 300 ringgit bagi setiap tan metrik.
Maksudnya, sekiranya seseorang petani itu menghasilkan 6 tan metrik padi, yang menepati kualiti pemutuan20 peratus pemotongan, beliau layak mendapat bayaran hasil jualan sebanyak 5,760 ringgit.
Bukan itu sahaja, petani tersebut juga akan menerima penambahan menerusipeningkatan kadar SSHP, menjadikan jumlah pendapatannyameningkatdaripada 1,190 ringgit kepada 1,440 ringgit.
Maka, secara keseluruhannya, setelah ini, petani tersebut akan mendapat 7,200 ringgit, pada setiap kali penuaian.Suka saya menyatakan di sini, seramai 155 ribu pesawah akan menikmati penambahbaikan skim ini.
Langkah Dua:Seperti kita tahu,isu pemilikan rumah adalah isu yang sering dibangkitkan semenjak beberapa tahun ini. Pelaksanaannya memerlukan penglibatan pelbagai agensi.

Pemilikan Rumah


Bajet 2016, meneruskan pelbagai program pemilikan rumah bagi segenap lapisan pendapatan seperti berikut:
1- Membina 175 ribu unit rumah oleh PR1MA, yang dijual 20 peratus di bawah harga pasaran, dengan peruntukan 1.6 bilion ringgit. Sebanyak 10 ribu unit dijangka siap tahun hadapan;
2- Membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, dengan pemberian subsidi 20 ribu ringgit bagi seunit rumah dengan peruntukan 200 juta ringgit;
3- Membina 100 ribu unit rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M, menjelang tahun 2018, dengan harga di antara 90 hingga 300 ribu ringgit. Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos pembangunan disediakan;
4- Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT dengan peruntukan 863 juta ringgit;
5- Menyediakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama di bawah KPKT,sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit. Untuk ini, 200 juta ringgit diperuntukan;
6- Membina 5 ribu unit rumah PR1MA dan PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT serta monorel, antaranya di Pandan Jaya, Sentul dan Titiwangsa;
7- Memperuntukkan 60 juta ringgit kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli;
8- Membina rumah untuk generasi kedua peneroka, iaitu 20 ribu unit rumah oleh FELDA, 2 ribu unit rumah oleh FELCRA dan 2 ribu unit rumah oleh RISDA.
Bagi rumah FELDA, harga maksima kini diturunkan kepada 70 ribu ringgit berbanding 90 ribu ringgit sebelum ini;
9- Membina 800 unit rumah mampu milik oleh GLC berhampiran stesen MRT dalam Kawasan Pusat Bandar Kwasa Damansara oleh Kwasa Land milik KWSP, dan 4,600 unit rumah mampu milik oleh Sime Darby Property;dan
10- Memperuntukkan 40 juta ringgit di bawah KPKT, bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai.
Selain itu, pengecualian duti setem diberikan ke atas surat cara pembiayaan pinjaman kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai.

Menyediakan Persekitaran Selesa


Seterusnya, bagi menyediakan persekitaran penduduk yang selesa, langkah berikut akan dilaksanakan:
1- 150 juta ringgit bagi membina dan membaik pulih 11 ribu rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW; dan
2- 155 juta ringgit bagi penyelenggaraan perumahan awam kos rendah, dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT. Antara lain, tabung ini membolehkan pembiayaan 100 peratus untuk pembaikan lif, railing, serta pendawaian semula.

Perkhidmatan Kesihatan


Langkah Tiga: Sememangnya,negara mana yang tidak mahu kualiti perkhidmatan kesihatan terbaik dan bertaraf dunia. Inilah yang sentiasa diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu, kini dan selamanya. Antara projek yang akan dilaksanakan adalah:
1- Membina 5 hospital baru di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan di Cyberjaya;
2- Memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur, yang bernilai 848 juta ringgit pada Oktober 2016;
3- Projek Pembangunan Semula Hospital Kajang;
4- 260 juta ringgit bagi membina dan menaik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian, berserta kuarters di seluruh negara;
5- 52 juta ringgit bagi operasi 328 klinik 1Malaysia sedia ada, dan pembukaan 33 klinik 1Malaysia baharu;
6- 72 juta ringgit untuk bantuan perubatan, termasuk hemodialisis, yang memanfaatkan hampir 10 ribu pesakit kurang berkemampuan; dan
7-  4.6 bilion ringgit untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan reagents kepada semua hospital dan klinik Kerajaan.
Bermula 1 Januari 2016 juga, Kerajaan akan mengenakan caj penuh rawatan kepada pesakit bukan warganegara Malaysia.

Perlindungan Sosial


Langkah Empat: Kerajaan akan terus memperkukuh sistem jaringan perlindungan sosial dengan peruntukan hampir 2 bilion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin. Untuk tujuan ini, antara program yang akan dilaksanakan adalah:
1- 445 juta ringgit bagi meneruskan pemberian 350 ringgit sebulan kepada OKU bekerja dan 200 ringgit sebulan kepada OKU yang tidak bekerja serta untuk penjagaan OKU terlantar sebanyak 300 ringgit sebulan. Kesemuanya ini, akan memanfaatkan hampir 150 ribu OKU;
2- 100 juta ringgit disediakan termasuk untuk menambah 20 lagi buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti;dan
3- Bantuan 662 juta ringgit untuk anak daripada keluarga miskin berjumlah 100 hingga 450 ringgit sebulan, serta warga emas miskin sebanyak 300 ringgit sebulan.

Penjawat Awam


Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:
1- Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan 1.1 bilion ringgit;
2- Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;
3- Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada1,200 ringgit sebulan yang akan memanfaatkan 60 ribu penjawat awam;
4- Menetapkan kadar pencen minimum sebanyak 950 ringgit sebulan, yang akan melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan
5- Melantik secara tetap pegawai lantikan Contract of Service yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ini akan memanfaatkan lebih 10 ribu pegawai kontrak.
Pelaksanaan kesemua langkah ini Tuan Yang Dipertua, akan berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak 1.4 bilion ringgit.

BR1M


Bagi merealisasikan harapan, seperti yang dijanjikan, dalam ikhtiar meringankan kos sara hidup rakyat pula, Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M akan diteruskan.
Saya tahu benar,… ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak perlu diteruskan. Namun, melalui maklum balas yang diterima, mereka sangat bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan ini, kerana terbukti,Bantuan Rakyat 1Malaysia tersebut telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban hidup mereka.
Sehubungan yang demikian,… selaras dengan Aku Janji Kerajaan Barisan Nasional juga, sukacita saya umumkan, jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut:
1- Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah 1,000 ringgit, akan menerima BR1M sebanyak 1,050 ringgit;
2- Bagi isi rumah berpendapatan bulanan 3 ribu ringgit ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada 950 ringgit kepada seribu ringgit;
3- Bagi isi rumah berpendapatan antara 3,001 hingga 4 ribu ringgit, pemberian BR1M ditingkatkan daripada 750 ringgit kepada 800 ringgit;
4- Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak seribu ringgit akan diteruskan; dan
5- Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada 350 ringgit kepada 400 ringgit.

Pelepasan Cukai


Jika, dalam RMK-11, saya telah menyebut tentang kelompok B40, dan tafsiran kumpulan yang terlibat, maka dalam Bajet ini, satu lagi kumpulan besar yang Kerajaan kini akan turut memberi tumpuan bergelar M40.
Secara statistiknya, tafsiran awal M40 adalah, kelompok isirumah yang berpendapatan antara 3,860 ringgit hingga 8,320 ringgit. Namun, definisi M40 ini, akan terus Kerajaan perincikan dari masa ke semasa.
Dalam hal ini, sukacita saya umumkan:
1- Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada 1 ribu ringgit kepada 2 ribu ringgit;
2- Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada 3 ribu ringgitkepada 4 ribu ringgit
3- Jika buat masa ini, pembayar cukai individu diberi pelepasan sehingga 5 ribu ringgit setahun bagi tujuan perubatan dan penjagaan terhad hanya kepada ibubapa mereka yang sakit.
Dalam Bajet ini, Kerajaan memandang positif sikap anak yang mengambil berat terhadap kebajikan ibubapa mereka dan mengalu-alukan pengukuhan institusi kekeluargaan.
Sehubungan itu, buat julung kalinya, anak-anak yang menyara ibubapa mereka, meskipun tidak tinggal bersama, akan diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak 1,500 ringgit untuk ibu, dan 1,500 ringgit lagi untuk bapa.
Tapi,…dengan syaratnya, ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi 2 ribu ringgit sebulan dan berumur 60 tahun ke atas; dan
4- Sempena Bajet ini juga, Kerajaan memutuskan, untuk menaikkan had pelepasan cukai daripada 6 ribu ringgit kepada 8 ribu ringgit, bagi setiap anak berumur 18 tahun dan ke atas, yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian dalam dan luar negara, mulai tahun taksiran 2016; dan
5- Bagi ibubapa kepada anak-anak Orang Kurang Upaya-nya, yang sedang melanjutkan pengajian di institusi dalam dan luar negara, had pelepasan cukai dinaikkan daripada 6 ribu ringgit kepada 8 ribu ringgit, mulai tahun taksiran 2016.
Ingin saya tambah di sini, had pelepasan cukai sedia ada bagi ibubapa yang mempunyai anak OKU adalah 6 ribu ringgit. Ini bermakna, sekiranya anak OKU ini melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara, jumlah pelepasan cukaiyang boleh dituntut secara keseluruhannya, adalahsebanyak 14 ribu ringgit.

~ Sumber Informasi ~

1 Response to "Bajet 2016 - Meringankan Kos Sara Hidup"

  1. Pembentangan bajet tahun nie paling sekejap dibentangkan...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...