Cara Mudah Kenal Logo Halal


Assalamualaikum ...

Cara Mudah Kenal Logo Halal | Bismillah . Baru - baru ini , terdapat makanan haram bersumberkan babi dalam tin yang diletakkan logo halal . Bagi orang muslim , babi itu sendiri sudah haram . Maka tak akan terliur walaupun ada logo halal .


Cara Mudah Kenal Logo Halal

Maksud Halal


Maksud halal dalam Islam adalah perkara yang dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak .

Halal Menurut Al - Quran





Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yanghalal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. – 
(Al-Baqarah 2:168)

Halalan Toyyiban Menurut JAKIM


Halalan toyyiban membawa maksud makanan yang dibenarkan atau diberi kebenaran untuk dimakan, bergantung kepada undang-undang Shariah selagi ianya selamat dan tidak memudaratkan. Haram atau tidak Halal adalah berlawan dengan Halal di mana ia bermaksud sesuatu yang dilarang atau ditegah. Sebarang makanan atau minuman yang berada dalam bahagian yang samar-samar dan tidak secara langsung berada dalam kategori Halal atau tidak Halal dikategorikan sebagai ‘Syubhah’, atau dikenali sebagai was-was atau disangsikan. Rasulullah SAW telah memberikan panduan berkenaan perkara-perkara Syubhah. 
Dari Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Darimi r.a. berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud : 
Apa yang Halal adalah jelas. Apa yang Haram juga adalah jelas. Dan di antara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakkan manusia tidak mengetahui. Maka barang siapa yang menjaga dirinya dari perkara yang samar, maka ia telah membersihkan kehormatannya (dari dosa). Barang siapa yang terjatuh dalam melakukan perkara samar, maka ia telah terjatuh dalam melakukan perkara yang Haram
Cara Mudah Kenal Logo Halal

Cara Mudah Kenal Logo Halal


Terdapat banyak jenis logo halal di pasaran sehinggakan kadangkala SI pun keliru mana satu logo halal yang asli . Mengetahui logo halal asli ini penting supaya kita tak salah membeli dan tak terlibat dengan makanan yang haram . Gambar diatas adalah logo halal yang anda boleh jadikan rujukan .

7 Responses to "Cara Mudah Kenal Logo Halal"

  1. Terima kasih atas perkongsian CM

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini SI....betul tu kadang terkeliru mana satu logo halal yang betul...terima kasih atas perkongsian ini SI...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian....sebelum ni ada juga bawa contoh logo...lepas ni google kat blog akak jer la bila nak tengok logo halal...

    ReplyDelete
  4. Memang mengelirukan untuk pengguna Islam..thanks infonya ye

    ReplyDelete
  5. Menakutkan lah mknan2 zmn sekarang ni..contoh nyata mcm di atas lah kan sis... klu silap2 beli bahaya btl... kena extra berhati2 dalam bab halal ni...

    ReplyDelete
  6. ternyata setiap negara logo halal nya beda2 ya

    ReplyDelete
  7. Moga2 kita semua terselamat dari termakan makanan yg tidak halal ini..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...