Kalendar 1437 Hijrah Bersamaan Tahun 2016


Assalamualaikum ...

Kalendar 1437 Hijrah Bersamaan Tahun 2016 | Bismillah . Kini kita telah memasuki fasa baru Takwim 1437 Hijrah . Untuk memudahkan anda menyemak tarikh - tarikh tersebut , SI telah menyediakannya kalendar 1437 Hijrah untuk tahun 2016 berserta peristiwa dan tarikh - tarikh penting selama setahun .

 Kalendar 1437 Hijrah Bersamaan Tahun 2015 / 2016 


Kalendar 1437 Hijrah Bersamaan Tahun 2016

Takwim Hijrah


Takwim Islam atau yang dikenali dengan nama Takwim Hijrah bermula sejak Tahun Masihi 622 . Takwim Hijrah berdasarkan kepada masa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Kota Makkah Al Mukarramah ke Kota Yathrib ( Madinah Al Munauwarah ) di sebelah utara , kira-kira 16 tahun selepas baginda dilantik oleh Allah s.w.t. menjadi Rasul-Nya .

Takwim Hijrah mula dikira dari tahun Masihi 622 iaitu bermula dari hijrah Nabi . Takwin Hijrah mula disusun  mulai tahun 632 Masihi atas perintah Khalifah Al Mukmin yang kedua iaitu Sayidina Umar ibni Al Khattab . Sejak itulah Takwim Hijrah terus diterima dan digunakan oleh seluruh umat Islam di dunia sehingga kini .

Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah menggunakan Takwim Hijrah dalam masa hayatnya dan dalam semua urusannya , kerana Takwim Hijrah ini belum lahir dan belum lagi disusun dalam zamannya sehinggalah baginda wafat dan digantikan oleh Khulafa Ar Rasyidin yang pertama iaitu Sayidina Abu Bakar Ash Shiddiq , kemudian oleh penggantinya khalifah yang kedua iaitu Sayidina Umar ibni Al Khattab .

Sebab Takwim Hijrah Diwujudkan


Menurut sejarah Islam , Sayidina Umar Al Khattab mengeluarkan perintah supaya suatu Takwim Hijrah disusun segera kerana 3 sebab yang utama :

1- Sayidina Umar telah menerima sepucuk surat daripada Abu Musa Al Asyaari dengan tidak disebutkan tarikhnya .

2- Sayidina Umar telah menerima sepucuk surat daripada gabenornya di Mesir yang mencatatkan hanya " Syuhur Syaaban ( bulan ) dengan tidak pula menyebutkan bilangan tahun dan tahun apa .

3- Seorang sahabat Rasulullah bernama Ya'ala ibni Umayyah dari Yaman telah mencuba menyusun taqwimnya berdasarkan kepada masa hijrah Rasul dari Makkah ke Madinah . Di dalam suratnya kepada Sayidina Umar , Ya'ala mencatatkan tarikh hijrahnya dan nama bulan serta tahunnya sekali . 

Langkah Ya'ala itu telah menarik perhatian Syidina Umar . Baginda terus memanggil mesyuarat mengenai hal ini . Mesyuarat khas itu diadakan di Madinah pada hari rabu , 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah dan mendapat persetujuan supaya Takwim Islam disusunkan berdasarkan masa hijrah Rasulullah . 

Sejak itu lahirlah satu Takwim Islam di Tanah Arab dan diberi nama Takwim Hijrah mengenangkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w. 

Peristiwa Dan Tarikh Penting 


Berikut adalah peristiwa dan tarikh penting dalam kalendar Hijrah selama setahun . Semoga maklumat di bawah ini dapat membantu dan memudahkan anda .


Kalendar 1437 Hijrah Bersamaan Tahun 2016



~ Sumber Informasi ~ 



14 Responses to "Kalendar 1437 Hijrah Bersamaan Tahun 2016 "

  1. selamat tahun baru..walaupun takwim hijrah ni macam tak penting..tetapi jika ada sesuatu dalam merancang tarikh untuk sesuatu majlis penting..ayah saya akan rujuk kalendar hijrah..saya sendiri pun tak faham apa yang dia baca dan disebalik falsafah meilihan tarikh guna takwim Islam

    ReplyDelete
  2. Bila dah ada kalendar senang sikit nak semak tarikh2 penting kan Sis Vee..

    ReplyDelete
  3. 18Jun start puasa.
    Tu yang paling penting.

    ReplyDelete
  4. patut saya cam pening tengok
    rupanya start dari 2015...hehe
    apalah saya ni

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg sgt bermanfaat. Dah boleh merancang dah ni. :)

    ReplyDelete
  6. Selamat Tahun Baru. Bagus ni, kita merancang guna kalendar hijrah pulak.

    ReplyDelete
  7. Tak sabarnya nak menyambut Ramadhan, sekali setiap tahun nak menunaikan solat Terawikh

    ReplyDelete
  8. TQ sharing sis... boleh dibuat rujukan nti...:)

    ReplyDelete
  9. raya bulan julai ye,,,
    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Shopping di entri Blogshop : Pin Tudung Super Comel by KAWAIDESU CONCEPT
    Dan Entri terbaru di Faktor Typing... Lama Gila

    ReplyDelete
  10. suka suka info cenggini *thumbs up*
    salam Maal Hijrah CM =)

    lamanya tak singgah sini.. jangan maaaarrah eh ehehe..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...