Air Asia Tawar Tambang Murah Ke Asia Dan Australia


Assalamualaikum ...

Air Asia Tawar Tambang Murah Ke Asia Dan Australia | Bismillah . Kalau anda kaki jalan atau suka mengembara dan mesti mengembara ke luar negara sekurang - kuangnya sekali setahun , maka tawaran tambang murah adalah berita yang anda sentiasa nantikan .


Air Asia Tawar Tambang Murah Ke Asia Dan Australia


Air Asia


Air Asia ni sebenarnya memang kerap buat tawaran tambang murah . Bagi anda yang kerap pergi ke luar negara , pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke laman web Air Asia untuk melihat promosi - promosi yang Air Asia tawarkan .

Air Asia merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang paling popular di Malaysia . Walaupun  adakalanya perkhidmatan yang diberikan kurang selesa , tetapi kerana tawaran tambang yang menarik , Air Asia menjadi pilihan bagi pengembara tegar . Ini kerana , bagi pengembara , mereka perlukan bajet yang jimat untuk meneroka negara orang .

Air Asia Tawar Tambang Murah Ke Asia Dan Australia


Syarkiat penerbangan kedua selepas MAS , Air Asia bersama Air Asia X telah menawarkan promosi tambang murah . Bermula 19 sehingga 25 Oktober , Air Asia dan Air Asia X menawarkan 3 juta tempat duduk untuk ke destinasi lebih 20 buah negara di rantau Asia dan juga Australia . Kadar tambang murah ke Asia dan Australia itu termasuk semuanya juga cukai . Memang menjimatkan bukan !

Domestik


Bagi anda yang merancang percutian di dalam negara dan telah menetapkan tarikh - tarikh untuk majlis - majlis tertentu bagi tahun 2016 , Air Asia telah membawakan berita baik dengan menawarkan tambang murah sehala termasuk semua yang berlepas dari Kuala Lumpur bernilai RM29 untuk ke Pulau Pinang dan Kota Baharu , RM39 ke Langkawi , RM89 ke Kucing , RM109 ke Kota Kinabalu .

Asia


Oleh kerana nilai matawang Malaysia yang makin menurun , Asia adalah destinasi percutian pilihan ramai rakyat Malaysia . Atas asbab itulah Air Asia menawarkan tambang murah untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke negara - negara Asia dengan Air Asia menawarkan tambang sehala termasuk semua ke Pattaya serendah RM 99 , Goa RM229 , Busan bermula RM249 dan Sapporo ( Jepun ) RM359 sahaja .

Tempoh 


Promosi Tawaran tambang Murah Air Asia ini untuk tempoh perjalanan dari 1 Mac hingga 29 Oktober 2016 . Tempoh yang sangat panjang termasuk cuti hari raya dan hari merdeka juga cuti persekolahan . Selain itu , Air Asia juga menyediakan aplikasi mudah alih di peranti iPhone dan Androids serta laman mudah alih mobile.airsia.com


Jadi , bagi anda yang sudah ada perancangan perjalanan pada tarikh diatas , segeralah rebut peluang promosi tambang murah Air Asia untuk tahun 2016 ini dengan segera .



~ Sumber Informasi ~





6 Responses to "Air Asia Tawar Tambang Murah Ke Asia Dan Australia"

  1. woww... kena plan jenjalan.. jommm :)

    ReplyDelete
  2. MAS pun ada wat promo...tetiba rs nk g aussie plak ;-)

    ReplyDelete
  3. Dah check tapi macam tak kena waktu...

    ReplyDelete
  4. Mmbr KT sklh sampai naik sawan gara2 harga yg murah tu, dh la xgji lg...

    ReplyDelete
  5. Untuk pengetahuan saudara sekalian............Perkhidmatan ini juga telahpun membawa saya ke negara-negara yang belum pernah saya lawati selama ini. Untuk tahun 2015 saya telah melawat ke Philippines pada Bulan Jan, Australia pada Bulan Ogos dan November ini kembali ke Jakarta.

    Air Asia memang best..............

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum. Nak tanya berapa tiket penerbangan nak pergi ke Australia.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...