Dua Saiz Baru Zenfone2 Laser Pada November


Assalamualaikum ...

Dua Saiz Baru Zenfone2 Laser Pada November | Bismillah . Zenfone sangat sensitif dengan minat dan jangkaan tinggi peminat tegar smartphone . Justeru itu , Asus sentiasa berusaha menaiktaraf setiap gadget yang mereka tawarkan di pasaran . Walaupun bukan mudah , tetapi Asus sentiasa mahu mencari kelainan berasaskan permintaan peminat tegar smartphone .


Dua Saiz Baru Zenfone2 Laser Pada November

Zenfone2 Laser


Zenfone2 Laser telah berada di pasaran seawal Septemer 2015 dengan skrin bersaiz 5.5 inci . Zenfone2 Laser 5.5 inci akan hadir dengan warna baru iaitu gold dan Gun Metal Gray di pasaran pada penghujung bulan ini . 

Kelebihan


Kelebihan Zanfone2 Laser adalah pada keupayaannya merakamkan gambar dengan pantas pada keadaan cahaya yang rendah . Hasilnya lebih cantik dan menarik berbanding menggunakan iPhone 6 Plus , hasil penggunaan teknologi PixelMaster 2.0 . Turut disertakan juga sokongan manual bagi mereka yang mahu menggunakannya .

Zenfone2 Laser telah dibina menggunakan teknologi Asus Splendid yang memudahkan pengguna untuk mengawal warna paparan pada skrin . Terdapat sokongan HD penuh untuk versi 6 inci .

Dua Saiz Baru Zenfone2 Laser Pada November


Untuk memuaskan kehendak pengguna tegar Zenfone2 Laser , kini , Asus telah mengeluarkan dua lagi produk Zenfone2 Laser dengan saiz yang berbeza iaitu 5 inci dan 6 inci . Zenfone2 Laser bersaiz 5 inci dan 6 inci itu akan berada di pasaran pada  November depan . Harga yang ditawarkan untuk Zanfone2 Laser 5 inci adalah RM649 dan Zenfone2 Laser 6 inci di bawah RM1000 .

Perbandingan Versi Zenfone2 Laser


Untuk memudahkan anda memilih sekiranya berhasrat mahu memiliki antara satu dari ketiga - tiga produk Zenfone2 Laser , berikut adalah panduannya .


Dua Saiz Baru Zenfone2 Laser Pada November



~ Sumber Informasi ~





4 Responses to "Dua Saiz Baru Zenfone2 Laser Pada November"

  1. malas dah nk kejar gajet terkini.. dah ada 1 cukup la.. bukannya org kaya nk tukar2 gajet selalu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Menariks...harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  3. Menarikknya.... nak juga tengok2 nti...makin canggih..

    ReplyDelete
  4. Zumal yakin dengan produk Asus nie. Kipidap Asus ^-^

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...