Sejarah Hijrah Dan Peristiwa Muharram


Assalamualaikum ...

Sejarah Hijrah Dan Peristiwa MuharramDengan lafaz Bismillah . Awal Muharam juga disebut sebagai Maal Hijrah . Ia bersempena penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi untuk meneruskan penyebaran Islam Ancaman orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad SAW untuk mengembangkan Islam dengan aman . Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.


 Sejarah Hijrah Dan Peristiwa Muharram


Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang'iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah .
(Al Baqarah: 91).


Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan MuharramTidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Sejarah Hijrah


Pada malam berlakunya peristiwa hijrah, rumah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam telah dikepung oleh pemuda – pemuda yang dipilih daripada kabilah – kabilah kafir Quraisy. Tujuan mereka mengepung rumah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ialah untuk membunuh baginda.

Sebelum Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam keluar dari rumahnya, baginda menyuruh sepupunya Sayidina Ali bin Abi Talib tidur di tempat tidur baginda. Setelah itu, baginda keluar dari rumah dengan membaca firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud ;
" Dan Kami jadikan ( sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai ) sekatan ( yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada ) di hadapan mereka , dan sekatan ( yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada ) di belakang mereka ( pada hari kiamat ) . Lalu kami tutup pandangan mereka ; maka dengan itu , mereka tidak dapat melihat ( jalan yang benar ) . "

Baginda berjaya keluar dari rumahnya dalam keadaan selamat dan terus menuju ke rumah Sayidina Abu Bakar As – Siddiq. Sayidina Abu Bakar menjadi teman setia baginda sepanjang perjalanan ke Yathrib tanpa diketahui oleh kafir Quraisy.

Sebelum terbit fajar, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan Sayidina Abu Bakar keluar melalui pintu belakang rumah sahabat baginda itu menuju ke Gua Thur. Mereka sengaja mengikut arah Selatan dan tidak mengikut arah Utara yang menjadi jalan biasa agar tidak dikesan oleh musuh. Apabila keadaan menjadi tenang, mereka keluar dari Gua Thur menuju ke Yathrib dengan dipandu oleh Abdullah bin Uraiqat.

Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan Sayidina Abu Bakar sampai di Quba, iaitu kira – kira 5km dari Kota Yathrib setelah menempuh perjalanan yang meletihkan selama 8 hari. pada hari Isnin, 8 Rabi’ul Awal bersamaan dengan 20 september 622 Masehi baginda mendirikan masjid Quba. Inilah masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud ;

" Maksudnya: “… Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya …



Setelah 4 hari di Quba, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan rombongan berangkat meneruskan perjalanan. Sebelum sampai ke Yathrib, baginda singgah di suatu tempat yang bernama Lembah Ranuna. Di lembah ini baginda telah menunaikan solat fardhu Juma’at. Ini adalah solat Juma’at yang pertama dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan juga khutbah pertama disampaikan.

Pada hari Juma’at, 12 Rabi’ul Awal bersamaan 24 September 622 Masehi, baginda dan rombongan telah sampai ke Yathrib. Inilah hari bermulanya Kalendar Islam (Kalendar Hijrah). Ketibaan baginda dan rombongan disambut dengan penuh meriah, kesyukuran dan kegembiraan oleh penduduk Yathrib. Mereka mendendangkan alunan nasyid.

Di setiap jalan, unta Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ditahan oleh penduduk Yathrib meminta baginda berhenti dan tinggal di tempat mereka. Namun Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasaalam mengarahkan agar membiarkan sahaja unta yang ditunggangi baginda itu berhenti sendiri. Akhirnya, unta itu berhenti di suatu tempat yang dimiliki oleh dua orang anak yatim. Di sinilah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam mendirikan masjid yang terkenal dengan nama Masjid An-Nabawi atau Masjid Madinah Al – Munawwarah.


 Sejarah Hijrah Dan Peristiwa Muharram


Peristiwa Penting Muharram


Terdapat beberapa peristiwa penting pada bulan Muharram yang kita prlu ketahui dan hayati . Peristiwa penting di bulan Muharram itu adalah :

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit


 ~ Sumber Informasi ~





11 Responses to "Sejarah Hijrah Dan Peristiwa Muharram"

  1. Asalamualaikum..subahanallah..tenang melihat masjid quba dan masid di nabawi..Hebatnya anugerah allah kepada nabi kita Muhammad SAW. Vee S semoga kita mendapat syafaat Nabi Muhammad. Wallahualam...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... t kasih atas perkongsian ini Vee. Yelah, kdg2 ilmu pengetahuan mcm ni ada yg terlupa... saya pun kdg kala tak terkecuali. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.
    Singgah rhb sini.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam awal muharam vee..semoga kita mampu berhijrah kepada yang lebih baik...

    ReplyDelete
  4. salam maal hijrah 1436

    p/s menjawab soalan...

    dia dipanggil sonjol sbb ms kecik tersangat laa tembam n gebu

    ReplyDelete
  5. ilmu seperti kadang kala memang perlu sentiasa diiingatkan
    sebab fitrah manusia sentiasa lupa
    apapun terima kaish tuk perkongsian ni vee =)

    ReplyDelete
  6. Subhanallah, perkongsian yang sangat berinformasi... Salam Maal Hijrah 1437...

    ReplyDelete
  7. Kisah sejarah yang tidak pernah jemu membacanya.

    ReplyDelete
  8. kisah sirah Muharram antara favret CT kalo dengar ustaz2 cerita.. selain israk mikraj..
    asyik je dengar ehehe.. menarik =)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...