Kelebihan Puasa Muharram


Assalamualaikum ...

Kelebihan Puasa MuharramDengan lafaz Bismillah . 1436 Hijrah bakal melabuhkan tirainya . Hanya beberapa hari lagi Muharram akan menjelma . Sesungguhnya kita disunatkan untuk berpuasa pada 1 Muharram

Dari Abu Hurairah , Rasululllah SAW bersabda ;


كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِصِيَامِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانَ كَانَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ 
" Puasa yang paling utama setelah ( puasa ) Ramadhan adalah ( puasa ) di bulan Allah ( bulan ) Muharram . Dan solat yang paling utama setelah solat wajib ( lima waktu ) adalah solat malam . " ( HR Muslim ; 1163 ) 

 Kelebihan Puasa Muharram


Puasa 9 Dan 10 Muharram


Dari Aisyah r.a. , mengisahkan ;

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِصِيَامِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانَ كَانَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ 
Dahulu Rasulullah SAW memerintahkan untuk puasa di hari 'Asyura . Dan ketika puasa Ramadhan diwajibkan , barang siapa yang ingin ( berpuasa di hari 'Asyura ) ia boleh berpuasa dan barang siapa yang ingin ( tidak berpuasa ) ia boleh berbuka . " ( HR Al - Bukhari ; 1897 )

Pada tanggal 10 Muharram ini , Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa A.S. dan umatnya serta menenggelamkan  Fir'aun dan bala tenteranya .Maka Nabi Musa pun berpuasa sebagai rasa syukur kepada - Nya .

Sebelum Rasulullah SAW wafat , baginda bersabda ;



لَئِنْ بَقِيْتُ إِلَى قَابِلٍ َلأَصُوْمَنَّ التَاسِعَ 
Jikalau masih ada umurku tahun depan , aku akan berpuasa tanggal sembilan ( Muharram ) . "

Sejarah Puasa 10 Muharam


‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.
” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.
Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”
Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Kelebihan Puasa Muharram


Terdapat beberapa kelebihan puasa Muharram . Terpulanglah kepada kita sama ada mahu merebut ganjaran pahala ataupun tidak . Antara kelebihan puasa Muharram adalah :

1- Diampunkan segala dosanya


Rasulullah SAW bersabda ;

" Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijjah dan awal Muharram , nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya "

( Hadis Riwayat Ibni Abbas r.a. )

2- Menggugurkan dosa - dosa


Dari Abu Hurairah , Rasululllah SAW bersabda ;


 يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ 
" Puasa ini menggugurkan ( dosa- dosa ) di tahun yang lalu . "( HR Muslim ; 1162 )

Marilah kita sama - sama melakukan ibadah puasa pada 9 dan 10 Muharram ini . Semoga ibadah kita mendapat keberkatan dari - Nya . 

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.



~ Sumber Informasi ~




8 Responses to "Kelebihan Puasa Muharram "

  1. TQ akak tlong ingatkan..bolehlah puasa esok :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian CM... Salam Maal Hijrah yer :)

    ReplyDelete
  3. Blh puasa bg yg dapat berpuasa ok...

    ReplyDelete
  4. Ingat nak puasa jugak ni Vee ....puasa ganti hihi....tp tulah malasnya lahai sekarang ni huhu

    ReplyDelete
  5. ada juga merancang untuk berpuasa di 10 muharram nanti

    ReplyDelete
  6. harap2 masih sihat bla tiba 10 muharam nnt utk berpuasa

    ReplyDelete
  7. Moga diberi kesihatan dan kesempatan untuk menunaikannya.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...