Hukum Pengantin Lelaki Memakai Inai


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Musim perkahwinan sudah bermula . Apa yang TI perhatikan , masih ada lagi pengantin lelaki yang memakai inai walaupun sudah dijelaskan malah diketahui ianya tidak dibenarkan dalam Islam . Berikut adalah penjelasan hukum pengantin lelaki memakai inai .



 Hukum Pengantin Lelaki Memakai Inai


Hukum Pengantin Lelaki Memakai Inai


Pengantin lelaki yang berinai dengan menggunakan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki mereka , hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim . Maksudnya: Daripada Anas dia berkata: 

" Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma) ."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Za'faran (kuma-kuma) adalah sejenis daun tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna serta berbau harum. Warna za'faran sama seperti warna yang dihasilkan oleh daun inai . Maknanya , lelaki juga haram memakai inai kerana warnanya termaksuklah pengantin lelaki 


Haram Memakai Hiasan Menyerupai Wanita


Apabila pengantin lelaki berinai sama ada pada jari tangan ataupun kaki walaupun sekadar untuk memenuhi syarat , ianya tetap menyerupai cara kaum wanita berhias . Haram hukumnya perbuatan meniru-niru atau menyerupai antara lelaki dan perempuan sebagaimana ditegaskan di dalam sebuah hadis sahih: Maksudnya: 



"Daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu Anhuma beliau berkata: "Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru-niru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki."
(Hadis riwayat Bukhari)

Berinai Untuk Mengubati Penyakit


Sekiranya seseorang lelaki itu berinai atas tujuan untuk mengubati penyakit , ianya dibenarkan malah tidaklah dimakruhkan ke atasnya untuk berinai.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud : Maksudnya: 

" Daripada Salma khadam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dia berkata: "Tidak mengadu kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam seseorang tentang sakit di kepala melainkan Baginda menyuruh orang itu supaya berbekam, dan tidak mengadu kepadanya seseorang tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda menyuruhnya supaya berinai."
(Hadis riwayat Abu Daud)





Haram Pengantin Lelaki Memakai Inai


Berdasarkan hadis - hadis di atas , sudah jelas menunjukkan bahawa adalah haram bagi pengantin lelaki memakai inai walaupun sekadar untuk memenuhi syarat sebagai pengantin kerana memakai inai bagi pengantin lelaki adalah menyerupai hiasan kaum wanita . Lelaki hanya dibenarkan memakai inai atas sebab kesihatan iaitu untuk mengubati penyakit .



8 Responses to "Hukum Pengantin Lelaki Memakai Inai"

  1. Selalu tengok pengantin lelaki berinaikan....baru tau haram hukumnya Vee ...tq share ilmu ni......Salam Maal Hijrah Vee

    ReplyDelete
  2. oh i see.. haram rupanya..
    tapi pakai yg kat tiga jari tu je, boleh ke?

    ReplyDelete
  3. inai utk tujuan perubatan mmg sangat mujarab..btw, nice sharing.. lagi2 skrg mmg dh musim org kahwin sana sini :)

    ReplyDelete
  4. Semoga ia dpt menjadi pengetahuan yg bermanfaat kpd semua.. T kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  5. Dah HARAM namanya kenapa la ada jugak yang pakai aduhai ..

    ReplyDelete
  6. Thanks atas info CM... Sebelum nie tak tau pun...

    ReplyDelete
  7. yeke? saya baru tahu bab ni
    terima kasih keran berkongsi ilmu vee

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...