AFF Suzuki Cup : Awak Kat Mana ?


Assalamualaikum ...

Denganlafaz Bismillah . Bicara minda dihari cuti ni mengomel yang santai je . Kebanyakan dari pembaca pun banyak yang sibuk menghadiri majlis perkahwinan , pertunangan dan berkhatan selain melakukan aktiviti outdoor bersama ahli keluarga tercinta . Kali ini CM nak membebel tentang AFF Suzuki Cup . Alhmadilillah , Malaysia layak ke pusingan akhir .


AFF Suzuki Cup : Awak Kat Mana ?


AFF Suzuki Cup : Awak Kat Mana ?


AFF Suzuki Cup : Awak Kat Mana ? dah jadi viral sekarang ni . Awak kat mana menjadi popular setelah Taufik Batisha ( penyanyi sSingapura ) , menjadi pengadil untuk Maharaja Lawak Mega 2014 ( MLM ) . Kalau tiada MLM , CM pun tak tahu pasal lagu tu ... heh heh .

Malaysia Menentang Singapore


Apabila perlawanan Malaysia menentang Singapura pada peringkat suku akhir AFF Suzuki Cup berlaku insiden penjaga gol Singapura tiada di gawang gol tiba - tiba , maka jadilah seperti terkena batang hidung sendiri bila tajuk lagu ' awak kat mana ' digunakan di laman sosial   Pada ketika itu memang free sungguh . Kalau lah bola itu boleh dimasukkan banyak kali selagi gol keeper tak balik ke situ , dah tentu jadi pesta gol . Pada ketika itu banyak tanda tanya ke mana gol keeper telah pergi . Adakah dia dibayar oleh pihak tertentu ? Yang pasti ianya telah berlaku .



AFF Suzuki Cup : Awak Kat Mana ?


Apabila gambar di atas ini berjalan di laman sosial , tahulah kita dimana kedudukan sebenar gol keeper singapura ketika itu . Jauhnya dia ' makan angin ' ? Apa dia buat di situ ? Ada bookie ke ? Kena Beli Ke ?Jawapannya hanya dia sahaja yang tahu .

Malaysia Menentang Vietnam 


Ketika Malaysia menentang Vietnam di pusingan kedua peringat separuh akhir AFF Suzuki Cup , insiden awak kat mana berlaku lagi bila penjaga gol pasukan Vietnam berada di luar kotak penalti , kalau tak silap CM . Jadi bola tu masuk ke dalam gawang gol Vietnam dengan tenang dan gembira . Pada ketika itu CM sudah gelak ketika menontonnya sambil berdendang , 'awak kat mana - awak kat mana ' lagi ... heheheee . Sama ada Vietnam terkena badi Singapura ataupun kebetulan , yang pasti kedua - dua perlawanan itu Malaysia memperolehi kemenangan .


Malayisa  Menentang Thailand


Pada peringkat akhir AFF Suzuki Cup 2104 nanti Malaysia akan bertemu Thailand . Adakah insiden awak kat mana akan berulang ? Hanya Allah sahaja yang tahu . Kalau berlaku , dah macam badi lak kepada mana - mana kumpulan yang melawan pasukan Malaysia . Apa pun , bukan sekadar CM malah semua warga Malaysia mengharapkan AFF Suzuki Cup 2014 itu akan menjadi milik Malaysia .


MALAYSIA BOLEH !



~ Cetusan Minda ~




16 Responses to "AFF Suzuki Cup : Awak Kat Mana ?"

  1. as'salam terbaik Malaysia team ..semoga terus mara bawa kejayaan..

    ReplyDelete
  2. Goal keeper tu cakap, asyik korang jew jalan satu padang, I pun nak rasa gak camne lari satu padang nie...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Malaysia ...

    ReplyDelete
  4. Ada yang kata pemain macam dah kena beli... tapi entah laa... dah kena bomoh kot... kekeke... apa pun kita harapkan yg terbaik Harimau Malaya VS Gajah Putih nanti...

    ReplyDelete
  5. dah jadi bualan pulak kan.
    hihi.sekejap je skrg ni nk mengikut satu satu yg dibawa..

    menarik kan
    smga kemenangan milik malaysia.
    yg singapura msia x tgk
    msia vietnam di vietnam tgk .

    ReplyDelete
  6. Assalam....
    bunda ada tengok juga yang Malaysia dengan Vietnam tu, tapi sekerat jalan jer....

    ReplyDelete
  7. Tak tahu la nak cakap apa ..........

    ReplyDelete
  8. hehehehe...siap de lagu lagi untuk goal keeper...creative sungguh

    ReplyDelete
  9. akak berdebar pulak menunggu pertandingan final nanti. Semi final hari tu hampir gugur jantung...asyik menjerit je :-)

    ReplyDelete
  10. Semoga menang...
    Majulah sukan untuk negara

    ReplyDelete
  11. Tahniah malaysia.. memang kelakar

    ReplyDelete
  12. Suka Taufik Batisah ni lagu dia fofular hihi

    ReplyDelete
  13. Saya x tengok game ni tapi ada baca pasal ni.
    Pelik..

    ReplyDelete
  14. bukan pasal kena beli
    kalau tengok perlawanan tu tentu tahu yang keeper tu sebenarnya
    berada di dalam kawasan malaysia
    kononnya nak membantu pasukan dia sebab ketika itu kita seri
    so silap langkap keeper tu, malang dekat sini malaysia disalahkan
    tapi biasanya singapore memang suka hentam malaysia

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...