DIY : Hiasan Dinding Gambar Keluarga


Assalamualaikum ...

DIY : Hiasan Dinding Gambar Keluarga | Dengan lafaz Bismillah . Hiasan dinding adalah sesuatu yang perlu bagi runag tamu untuk mengelakkan ruang itu kelihatan kosong . Selain dari itu , hiasan dinding dapat menaikkan seri ruang tamu itu sendiri . Pelbagai hiasan dinding boleh kita buat melalui DIY . Anda hanya perlukan kreativiti dan kerajinan .


DIY : Hiasan Dinding Frame Gambar



DIY : Hiasan Dinding Frame Gambar adalah yang paling mudah anda hasilkan . Material utamanya adalah frame gambar . Anda hanya perlu meletakkan gambar ahli keluarga anda di dalam frame . Cara bagaimana anda nak gantungkan di dinding agar ianya menjadi satu hasil seni yang cantik dan indah dipandang , cadangan berikut mungkin boleh anda gunakan .


DIY : Hiasan Dinding Love Frame

Bentuk Love


Lakarkan bentuk love atau anda agak sendiri di dinding ruang tamu anda . Gantungkan frame gambar itu di dinding ruang tamu anda mengikut bentuk love sebagaimana gambar di atas .


DIY : Hiasan Dinding Frame Gambar



DIY : Hiasan Dinding Gambar Keluarga



Bentuk Pokok 


Anda juga boleh gantungkan gambar di ranting pokok seperti buah dengan sedikit lukisan batang , ranting dan daun pokok . Anda hanya perlukan sedikit kreativiti untuk melukis mural pokok .


DIY : Hiasan Dinding Frame Gambar


Bentuk Jam


Idea yang paling mudah , gantungkan sahaja frame gambar keluarga anda dalam bulatan . Kemudian lukislah jarum jam di bahagian tengah . 



Banyak lagi idea - idea yang menarik yang boleh anda gunakan . Asalkan anda rajin dan kreatif , dinding ruang tamu di rumah anda tidak lagi hambar .




~ Cetusan Minda ~




10 Responses to "DIY : Hiasan Dinding Gambar Keluarga"

  1. nak cakap " kreatif" kalau ayat2 suci lagi hebat kan..CM

    ReplyDelete
  2. sy paling suka bentuk jam tuhh...chantek sgt...hihihiih

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. yang buah bergantungan tu cantikkk nyerrrrr

    ReplyDelete
  5. Cantik ek Vee.....kreatif ar depa ni... Kadang tu kita tak terfikir nak buat macam tu

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah terfikir melakukan perkara gini =)
    tapi cantik

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...