Redakan Asma Cara Mudah


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Bicara minda dihujung minggu hendak berkongsikan redakan asma cara mudah . CM ada anak buah menghidap asma . Asma ni datang tak kira masa . Selalunya asma menyerang anak buah CM pada waktu di awal pagi ketika sedang tidur antara jam 1 pagi hingga jam 5 pagi mungkin kerana suhu yang sejuk krtika itu .


Redakan Asma Cara Mudah


Redakan Asma Cara Mudah


Bila asma menyerang tiba - tiba aka dalam keadaan tidak bersedia dan tiada ubat , anda perlukan alternatif untuk redakannya sementara membawanya ke hospital . Berikut adalah kaedah redakan asma cara mudah yang boleh anda lakukan .

Antara cara untuk mengurangkan hiperventilasi secara pernafasan ialah dengan bernafas menggunakan satu lubang hidung pada satu-satu masa . Caranya ialah dengan menutup mulut dan lubang hidung kanan dan bernafas menggunakan lubang hidung kiri . Selepas beberapa kali bernafas tutup mulut dan lubang hidung kiri dan bernafas dengan lubang hidung kanan . Teruskan bernafas dengan menutup mulut dan bernafas dari satu lubang hidung sahaja secara bergilir-gilir hingga pernafasan kembali normal . 


Supplement Kurangkan Asma


Ada beberapa jenis suplement yang anda boleh gunakan untuk mengurangkan asma . Antaranya ialah minyak hati ikan kodcod liver oil ) . Di dalam minyak hati ikan kod terdapat minyak omega 3 , vitamin A dan vitamin D . Ketiga - tiga jenis vitamin ini bertindak sebagai agen anti - keradangan yang sangat effective . 
Pada label biasanya disyorkan 1 sudu besar setiap hari diambil 3 kali sehari. Selepas seminggu, ambil 1 sudu besar setiap hari. Untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun, ambil sukatan separuh dari sukatan yang disyorkan di atas. Untuk bayi berumur di bawah 2 tahun ambil 1/3 camca teh sahaja.

Beberapa bahan lain yang dipercayai mujarab untuk meredakan asma ialah minyak kelapa dara, cuka epal, cuka tamar, bawang putih, gel aloe vera segar dan minyak esen oregano. Oleh sebab reaksi fisiologi seseorang adalah unik, cuka epal dan tamar mungkin memburukkan asma pada sesetengah orang .


Antara Penyebab Serangan Asma


Kepada ibu bapa yang memilik anak penghidap asma , hindarilah anak anda dari memakan makanan terproses yang bergula tinggi dan mengandungi pewarna tiruan kerana ianya adalah antara penyebab serangan asma . Antara makanan utama yang mengandungi bahan tersebut seperti aiskrim dan air berkarbonat . Kedua - dua makanan ini bkn sahaja disukai oleh kanak - kanak malah orang dewasa juga .


Kesimpulan ;


Maka benarlah seperti yang dikatakan bahawa apa yang anda makan akan menentukan kesihatan anda . Maka berhati - hatilah memilih makanan demi kesihatan yang berpanjangan .



~ Cetusan Minda ~



10 Responses to "Redakan Asma Cara Mudah"

  1. Good info CM..
    Anak yg 1st masa kecik2 dulu ada asthma..memang dulu kena sentiasa bersedia dgn ubat...

    ReplyDelete
  2. nice sharing. anak tak ada yg asthma. tapi diri sendiri asthma ;)

    ReplyDelete
  3. Sian tengok budak2 kalau asma nie...macam anak sedara cik akak..menangis je kerjanya kalau dah sakit datang ..sian tengok..petua nie maybe dapat membantu...insYAallah

    ReplyDelete
  4. ooo...baru tauuu...terima kasih atas perkongsian :D

    ReplyDelete
  5. Salam hujung minggu.info yg berguna buat sahabat yg ada ank asma..

    ReplyDelete
  6. Makan supplement omega 3 & vitamin C pun Insyaallah boleh improve.

    ReplyDelete
  7. Zumal pun dah terima serangan nie sebab cuaca tersangat sejuk...

    ReplyDelete
  8. tahnia perkongsian yang sangat bagus. Asma kena basmi..tak sabar rasanya Etuza nak kongsi sesuatu yang baik tentang asma ..ampus ni..terima kasih ya..

    ReplyDelete
  9. Kenapa kena bernafas dgn satu lubang hidung yer CM...nak tau jugak sebabnya tu

    ReplyDelete
  10. saya setuju bab makanan penentu kesihatan kita

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...