Selfie Satu Keperluan ?


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Selfie sudah menjadi lumrah di laman sosial . Bermacam - macam gaya dan aksi selfie anda akan jumpa . Apa pun tujuan sebenar mereka berselfie , itu terpulang kepada mereka . Tetapi , adakah benar rakyat Malaysia gemar berselfie atau hanya segelintir sahaja ? 

Setakat ini CM jarang jumpa orang sedang berselfie di mana - mana . Hujung minggu lepas , CM cuba berselfie , CM diperhatikan seperti orang yang berkelakuan pelik pula . Maka CM jadi segan sendiri dan CM berfikir , adakah facebooker dan blogger sahaja yang suka berselfie ?


Selfie Satu Keperluan ?



Selfie Satu Keperluan ?


Adakah selfie ini satu keperluan atau sekadar untuk berseronok ? Bagi CM , mereka ini cuma nak dapatkan komen daripada rakan dan pengikut mereka sahaja . Mungkin mereka rasa bersalah pada kawan dan pengikut sekiranya tiada apa - apa yang mereka paparkan di facebook , blog juga instagram dalam sehari . 

Selfie akan menjadi satu keperluan sekiranya anda penggemar selfie . Anda rasa seperti hidup tak lengkap tanpa selfie dalam sehari . Maka wujudlah pelbagai aksi dan gaya selfie kerana selfie boleh diterjemahkan dalam pelbagai cara . Ada juga sesetengah orang memang gila selfie sebab dah addict berselfie . 


Kesimpulan ;


Apa pun alasan anda berselfie , elakkanlah selfie itu dari memalukan diri anda sendiri . Dilaman sosial , terlalu ramai mata yang memerhatikan anda . Jangan sampai nanti , gambar - gambar anda dipergunakan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan yang salah disisi undang - undang negara juga syariah . Apabila itu berlaku , banyak proses ynag perlu anda lalui untuk menutupnya kembali .




~ Cetusan Minda ~





14 Responses to "Selfie Satu Keperluan ?"

  1. Terima kasih mengingatkan orang yg kemaruk selfie ni CM..... hihi....Ada betulnya jugak peringatan awak tu....kena berhati hati. Mintak mintak dijauhkanlah....

    Sebenarnya okje suka suka jer berselpie ni disamping boleh jadi bahan kat blog....haha....

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka selfie.
    Tulah, takut juga bila fikirkan andai ada yang akan ambil kesempatan.
    Thanks atas peringatan, CM.

    ReplyDelete
  3. rasa seganlah nak berselfie...gambar dekat semacam...

    ReplyDelete
  4. Kita selfie untuk diri sendiri..he..he..

    ReplyDelete
  5. Kalau sally selfie, bila ada kat certain tempat tapi xde org nak amikkan gmbr..huhuhu...

    ReplyDelete
  6. selfie utk suka2 tp x tyg kat org..sendiri tgk sendiri gelak ;-)

    ReplyDelete
  7. Pesanan yang baik, baik yg muda atau yg tua, kalau terlebih2 selfie, malu pulak menengoknya :)

    Jemput singgah BLOG saya. Ada tips dan peluang bisnes part time dan macam2 lagi :)

    ReplyDelete
  8. hehe...tak dinafikan kerap jugalah selfie ni =)

    ReplyDelete
  9. sy xreti nk selfie...biar laa org nak kata sy outdated pon...hehehhehe

    ReplyDelete
  10. Selfie ni bagi saya seronok juga namun ia bukan satu keperluan.. ia hanya sebagahian trend dlm bergambar.. terpulanglah sama ada bergambar itu satu keperluan atau tak. Asal jngn berlebih2an sudahlah. Selfie menceriakan juga.. mcm minum susu marigold.. :D

    ReplyDelete
  11. Nak selfie boleh tapi jangan la sampai selfie dlm keadaan yg bukan2 dan memalukan.. kene beringat selalu...

    ReplyDelete
  12. Saya rajin jugak layan selfie ni...

    ReplyDelete
  13. Pada pendapat saya, apa saja yang kita buat biarlah bersederhana...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...