Turunkan Harga Barang


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Berita harga minyak RON 95 dan 97 akan diturunkan pada harga lebih rendah pada 31 Disember memandangkan harga minyak dunia semakin jatuh . Maklumlah , rakyat pun pandai buat pengiraan kan . Kalau kerajaan buat tak tahu saja , sudah tentu akan ada demonstrasi nanti .


Turunkan Harga Barang


Disebalik berita itu , kerajaan berhasrat untuk turunkan harga barang , katanya .   Sebenarnya bukan mudah nak minta tauke - tauke besar itu untuk kurangkan keuntungannya aka turunkan harga barangan sedangkan itulah yang rakyat perlukan sekarang ini . Harap kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mereka sebab memang dah tak ada alasan lagi dah kan !

kerajaan mengenal pasti 10 syarikat yang mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan di Malaysia, untuk berbincang menurunkan harga barangan.

Walaupun bukan mudah nak paksa , pujuk tapi tentu kerajaan ada cara dan formula untuk turunkan harga barang . Mereka juga pastinya ada pakar ekonomi yang hebat . Harapan rakyat tentunya ada berita baik di ambang tahun baru nanti . Sekurang - kurangnya dapatlah memujuk hati rakyat disebalik kegeraman dengan perlaksanaan GST yang sudah mula dirasakan perlaksanaannya dalam keadaan rakyat belum bersedia dan tarikh perlaksanaan yang masih jauh lagi .



~ Cetusan Minda ~


16 Responses to "Turunkan Harga Barang "

  1. Betul betul... harap kerajaan tegas dlm usaha menurunkan harga barang.

    ReplyDelete
  2. Itulah masalah sebenarnya, peniaga besar sengaja menaikkan harga barangan..

    ReplyDelete
  3. gembira jika ada penurunan..tapi berita lagi semua nak naik sebaik menjelang 2015 ..risau nya ...

    ReplyDelete
  4. Semoga harga barang turun...
    Malaysia Boleh!...

    ReplyDelete
  5. pemborong pun nak kaut untung lebih.. peniaga takan la nak jual murah pula. erm.. hopefully harga barang boleh turun la

    ReplyDelete
  6. Turun lepas tu naik balik. .hihi..
    Tak heran pun dear..biasa macam tu...turun sama...naik pun sama..tak.de aku kisah..hihi

    ReplyDelete
  7. Jika betul ada penurunan alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. tak sabar nak tggu harga barang turun...hiihih

    ReplyDelete
  9. Kerajaan tolong ambil kira kesusahan rakyat secara keseluruhan ok.

    ReplyDelete
  10. Jangan nak BR1M sana-sini GUNA DUIT RAKYAT jugak!

    ReplyDelete
  11. Minyak naik dorang naikkan harga barang tapi minyak turun tak nak pulak turunkan harga barang...

    ReplyDelete
  12. Mmg berita baik ni CM.....sekurang kurangnya rakyat sedang menunggu berita baik hihi...

    ReplyDelete
  13. minyak memang turun, harga barang tak turun lagi
    tapi kalau betul boleh turun barang, baguih lah

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...