Pesanan Terakhir Rasulullah Pada 9 Zulhijjah


Assalamualaikum ...

Pesanan Terakhir Rasulullah Pada 9 Zulhijjah  | Dengan lafaz Bismillah , sebelum wafat , Rasulullah s.a.w. sempat menyampaikan pesanan terakhirnya melalui khutbah yang disampaikan . Antara pesanan tersebut adalah seperti berikut :


 Pesanan Terakhir Rasulullah

Wahai manusia , dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan , aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini . Oleh itu dengarkanlah dengan teliti kata-kataku ini da sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini .

Wahai manusia , sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci , maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci . Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak . Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi

Ingatlah bahawa sesungguhnya , kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu . Allah telah mengharamkan riba . Oleh itu , mulai saat ini segala urusan yang berkaitan riba hendaklah dibatalkan .

Berwapadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu . Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar , maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil .

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu , mereka juga mempunyai hak ke atas kamu . Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu , maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang . Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah .



* NOTA :

Semoga kita menjadi antara mereka yang menurut pesanan terakhir Rasulullah s.a.w.






12 Responses to "Pesanan Terakhir Rasulullah Pada 9 Zulhijjah"

  1. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma solli a'la Muhammad
      wa a'la ali Muhammad..

      Delete
  2. sayu rasa hati baca pesanan terakhir Rasulullah...moga kita sentiasa beringat dan mengamalkan pesanan Rasulullah....insyaAllah selanat dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, nak nangis pun ada.
      Betapa Rasulullah saw sayangkan kita umatnya..sehingga waktu nak wafat Baginda menyebut ummati..ummati..ummati..

      Delete
    2. perkongsian tambahan.. adapaun hadis yg menyebut semasa akhir hayat nabi menyebut ummati ummati ummati tersebut, hadis itu dipopularkan oleh ulama' syiah dimana dalam hadsi tersebut, nabi menyebut ummati umaati di pangkuan siti fatimah.. sedangkan ada riwayat yg lebih kuat mengatakan nabi meninggal di atas riba Aisyah... (dari kuliah Dr Ust Rozaimi, PhD dalam bidang hadis)
      wallahu a'lam..

      Delete
  3. Moga kita sentiasa turuti pesanan yang Rasulullah berikan...

    ReplyDelete
  4. Sedihnya baca...
    pernah tgk 1 filem lama mengenai perjuangan Rasulullah "the message"...tgk banyak kali pun..still sedih..

    ReplyDelete
  5. berwaspada terhadap syaitan...besar maksudnya tu!

    ReplyDelete
  6. Pesanan ini amat menyayat hati dan memberi kesan kepada kehidupanku...semoga kita sentiasa dibawah limpah dan rahmatNya selalu...

    ReplyDelete
  7. SUBHANALLAH....RASULLULAH TERLALU SAYANGKAN UMATNYA...TQ VEE.

    ReplyDelete
  8. pesanan yang cukup berbekas di hati

    ReplyDelete
  9. nice share.. sama2 kita ambil iktibar..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...