Assalamualaikum ...
Ibadah Di Bulan Zulhijjah | Bismillah . Bulan Zulhijjah sudah pun bermula . Bulan mengerjakan ibadah haji di mana dalamnya terdapat Aidil Adha atau Hari Raya Qurban . Maka rebutlah peluang melakukan ibadah di bulan Zulhijjah yang datang sekali dalam setahun . Bermula dari 1 Zulhijjah sehingga 10 Zulhijjah .
Zulhijjah
Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam kalendar Islam . Dalam bulan Zulhijjah juga , para muslimin yang mampu akan melakukan qurban . Selain itu , dalam bulan Zulhijjah juga banyak belaku peristiwa penting . Antaranya :
- 09 Zulhijah, Hari Arafah
- 10-13 Zulhijah, Hari Raya Aidiladha dirayakan oleh seluruh umat Islam yang menunaikan ibadah haji mahupun yang tidak, perayaan ini sebagai satu simbolik dalam peristiwa penyembelihan Nabi Ismail a.s. oleh ayahdanya Nabi Ibrahim a.s., namun Allah telah menukarkan penyembelihannya kepada seekor kambing biri-biri .
- 26 Zuljiah, kematian Khalifah Ar-Rasyidin Saidina Umar Al-Khattab .
Ibadah Di Bulan Zulhijjah
Pada bulan Zulhijjah , bermula 1 hingga 10 Zulhijjah , anda digalakkan melakukan ibadah tahlil , takbir , berzikir kepada Allah . Lakukanlah puasa sunat walaupun hanya sehari kerana ianya menyamai puasa setahun dan beramalah kerana anda insha Allah akan mendapat pahala berkali ganda bila anda melakukan ibadah di bulan Zulhijjah .
Ibadah 1 Hingga 10 Zulhijjah
Sepuluh hari pertama Zulhijjah yakni (1-10 Zulhijah, kalender Takwim Hijrah) merupakan hari-hari yang terbaik untuk beramal soleh (beramal dengan kebaikan) kerana Allah Taala mengikut perspektif Islam, lebih menyukainya jika dibandingkan mengerjakan amalan-amalan baik pada hari-hari lain dalam tempoh sepanjang satu tahun bagi setiap tahun di dunia.
Perkara ini dijelaskan mengikut Hadis Sahih yang lafaznya diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, ia juga dapat dipertemukan dalam Sahih Bukahri no; 969 dan [[Jami' at-Tirmizi]; no 757. Hadisnya berbunyi:
“ | Tidak ada hari-hari di mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah?, Nabi menjawab: "Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar mempertaruhkan jiwa dan hartanya, lalu tidak kembali dengan sesuatupun." | ” |
Dalam riwayat yang lain, ada juga hadis yag menjelaskan Nabi Muhammad , melakukan puasa sunat sembilan hari pada bulan Zulhijah. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sahih Sunan Abu Daud, no. 2129 dan Sahih Al-Sunan al-Sughra oleh Imam Nasa'i, no. 2236.[2]
“ | Adalah Rasulullah melakukan puasa sembilan hari bulan Zulhijah. | ” |
Sheikh ul Islam Ibnu Taimiyyah r.a pernah ditanya tentang mana yang lebih utama antara sepuluh hari pertama bulan Zulhijah ataukah sepuluh hari terkhir bulan Ramadan?. Beliau Ibnu Taimiyyah menjawab,
"Siang hari sepuluh hari pertama bulan Zulhijah lebih utama dari siang hari sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, dan sepuluh malam terakhir bulan Ramadan lebih utama dari sepuluh malam pertama bulan Zulhijah." (Majmu' Fatawa, 25/287)[3].
Kenyataan Ibnu Taimiyyah ini juga disokong oleh anak muridnya iaitu Ibnul Qayyim.
Haram Berpuasa
Hari Tasyrik iaitu hari ke-11,12, dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa kerana hari-hari tersebut juga merupakan "Hari Makan Minum" untuk umat Islam. Bagi mereka yang sedang melakukan ibadah Haji dan sedang berwukuf di Arafah, hari ke-9 Zulhijjah juga adalah dilarang melakukan ibadah puasa . Namun bagi yang bukan berada dalam ihram, mereka disunatkan berpuasa pada hari wukuf.
~ Sumber Informasi ~
Moga kita tidak alpa dengan urusan dunia... Terima kasih dengan perkongsian ini ^_^
ReplyDeleteterima kasih perkongsian ni sis....Blog baru ke akak??
ReplyDeleteterima kasih VS atas perkongsian yg bermanfaat ini. in sha allah akan d amalkan
ReplyDeleteMasyaallah.....Allah bagi peluang banyak terpulang pada hambanya nak merebut atau pun tidakkan Vee
ReplyDeletesebenarnya saya masih lagi mempelajari amalan di
ReplyDeletebulan zulhijrah, masih cuba memperbaiki diri