Assalamualaikum ...
Set Pinggan Mangkuk Ada DNA Babi | Bismillah . CM peminat set pinggan mangkuk yang dibuat daripada tanah liat . Set pinggan mangkuk gaya English menjadi pilihan utama . Kalau boleh umah , hiasan dan taman pun nak ala Inggeris . Terdapat banyak set pinggan mangkuk yang cantik dipasaran tapi anda jangan tertipu .
Abu Haiwan
Hari ni digemparkan dengan penemuan mengejutkan tentang pembuatan set pinggan mangkuk yang buat CM terkedu seketika .
" Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) telah mendapati set pinggan mangkuk jenis porselin keluaran syarikat di Jepun dan China telah menggunakan abu tulang haiwan ( 40 - 50 peratus ) sebagai sebahagian daripada bahan pembuatannya . Malah set pinggan mangkuk ini dijual secara eksklusif sejak tahun 2006 .
Tujuan menggunakan abu haiwan tu adalah untuk menjadikan set itu lebih kuat , keras , tak mudah pecah dan kelihatan sentiasa putih . "
Set Pinggan Mangkuk Ada DNA Babi
Harapan CM , set pinggan mangkuk dikhuatiri ada DNA babi itu hanya dijual pada bangsa Cina sahaja atau bukan muslim . Almaklumlah , orang cina memang suka dengan set - set pinggan mangkuk tanah liat / porselin malah mereka bangga memilikinya . Selalunya set pinggan mangkuk porselin / tanah liat seperti itu dijual dengan harga yang agak mahal . Golongan marhain macam kita ni , dapat beli yang ada kat mall pun dah ok kan .
Andai kata bahan membuat set pinggan mangkuk daripada abu binatang itu adalah bersumberkan abu babi dan orang Islam yang tak tahu telah menggunakannya . Aduhai , tak tahu nak kata apa lah kan sebab makanan tu masuk ke dalam badan kita dan menjadi darah daging ! Sedangkan kita perlukan segalanya yang halalan toyyiban !
Jadinya , sesiapa yang berhajat nak membeli secara online , perlulah berhati - hati . Jangan nanti bila dah membeli , baru dapat kesan yang pembuatannya dilakukan di Jepun dan China yang diragukan bahan buatannya ! Tak pasal - pasal RM melayang begitu sahaja .
~ Sumber Informasi ~
Ada diberitahu tentang spesifik jenama ke?..iisskk seram juga nih
ReplyDeleteYa! Sepatutnya isu sebegini didedahkan jenamanya, barulah membantu umat Islam namanya. Kalau tidak... xde maknenye...
Deletenak beli apapun kena berhati-hati sekarang kan..
ReplyDelete