Assalamualaikum ...
Perhimpunan Merah Dan Jerebu | Esok akan berlangsungnya perhimpunan merah di kala jerebu sedang melanda . Jadinya , jerebu bukan sekadar di mata tetapi juga jerebu di hati . Harapan CM perhimpunan itu tidak mengaganggu ketenteraman awam .
Perhimpunan Merah Dan Jerebu
Dikala perhimunan merah dirancangkan akan berjalan pada 16 September , ketika itu jugalah jerebu sedang melanda bumi Malaysia . Terdedah kepada keadaan jerebu sepanjang hari adalah sangat tidak baik untuk kesihatan . Jadinya , CM harap mereka yang masih nekad nak menyertainya , mengambil langkah - langkah pencegahan jerebu supaya tidak memudaratkan kesiahatan mereka nanti .
Perhimpunan Merah
Secara jujurnya , CM tidak tahu apa motif sebenar perhimpunan merah berbanding perhimpunan bersih 4 yang lepas . Bagi CM , di zaman media sosial ini , perhimpunan seperti itu tidak lagi relevan dalam menyampaikan dan meluahkan rasa tidak puashati kerana pasti perlakuan itu tidak mengubah apa - apa pun . Keadaannya samalah seperti anda mengadakan sayembara puisi untuk mengutuk keganasan Israel terhadap Palestin . Walaupun mereka meluahkan penuh perasaan ketika mendeklamasikan puisi di atas pentas , tetapi setelah selesai , tiada tindakan susulan . Nasib Palestin tetap tidak terbela .
Apa yang CM nak sampaikan adalah , perjuangan itu harus dan perlu seiring dengan perubahan dan kehendak zaman . Jangan nanti lain yang anda hajatkan , lain pula yang berlaku .
Jerebu
Pagi ini diberitakan bahawa ada beberapa sekolah di Selangor , Negeri Sembilan , Melaka dan Johor dicutikan kerana jerebu . Tatkala sekolah dicutikan , suasan pagi ini tak berapa berjerebu pula .
Perubahan yang ketara pada CM adalah kulit muka yang rasa kasar dan mudah berjerawat . Jadinya , bagi wanita yang menjaga kecantikan , rajinkanlah cuci muka dengan pencuci muka ketika jerebu terutama semasa ambil wuduk .
Selain itu , banyakkan minum air dan elakkan berada di luar ketika jerebu jika perlu . Berhati - hati bila memandu ketika jerebu untuk elakkan kemalangan kerana jarak pandangan yang dekat .
Bagi yang ada alahan , anda dinasihatkan untuk berada di dalam bangunan begitu juga yang menghidapi peyakit lelah / semput ketika jerebu melanda . Pastikan anda menggunakan penutup mulut .
Untuk warga tua dan kanak - kanak , duduk sahaja di dalam rumah . Kalau boleh tutup tingkap supaya jerebu kurang masuk ke dalam rumah .
Sekiranya tetap perlu bekerja di tempat terbuka , gunakanlah penutup mulut dan banyakkan minum air ketka jerebu . Diharapkan majikan memberi kelonggaran kepada mereka yang bekerja di tempat terbuka untuk mengurangkan risiko kesan sampingan .
Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua .
~ Sumber Informasi ~

16 hb perhimpunan baju merah. Bagus juga dapat t-shirt free. bagus juga dapat hirup racun udara jerebu selama berhimpun. Bila balik ke rumah, keadaan masih begitu juga. GST tetap ada. Harga barang tetap mahal. Dulu susah sekarang pun susah. Retorik meloyakan yg sama masih berulang dilaungkan dalam berita TV....
ReplyDeletekeadaan takkan berubah selagi tak tukar orang ...
Deletekat kota tinggi pun jerebu dah semakin kurang. alhamdulillah syukur Allah turunkan nikmat hujan..
ReplyDeletekat sini hujan turun dari malam sampai ke siang tapi jerebu mash ada juga wpun x byk lah ...
DeleteOkje lagi teruk vee ......tak tau pun ada perhimpunan merah ni. Itupun pak Jilap yg bagi tahu hihi.... sama le....apa motif sebenarnya.
ReplyDeleteTengok kat Berita tadi mcm tak ramai jer yg berkumpul Vee...
Alhamdulilah....hari ni mcm dah kurang jerebu rasanya....
tu lah kan ... klu bersih 4 tu mmg jelas ...
DeleteMerah tanda berani...huhu
ReplyDeleteDah tak larat nak menghirup udara jerebu. Tapi hari ni nampaknya ok siket.
paling bagus jangan keluar rumah kecuali keadaan mendesak
ReplyDeleteMerah ke, kuning ke... Umpama jerebu yang akan dilupakan apabila ianya sudah tiada lagi.
ReplyDeleteexactly BM. setuju sangat
Deletepandangan saya pun sama. merah ke kuning ke, atau apa sahaja warna
ReplyDeletetidak mendatangkan manfaat langsung pada negara. yang rugi tetap rakyat
jerebu juga satu masalah yang seolah tak ada penghujung